thermocouple | termogandingan | Kimia | Tiada | Alat untuk menyukat suhu. Alat ini terdiri daripada dua dawai logam yang berlainan jenis yang disambungkan pada setiap hujung. Voltan yang terjana antara dua sambungan ini berkadaran dengan perbezaan suhu di antara sambungan-sambungan tersebut. Jika satu sambungan berada pada suhu yang diketahui nilainya, maka suhu pada sambungan yang satu lagi dapat ditentukan. |
loop in system | sistem gelung ke dalam | Teknik | Elektrik | Sistem sambungan litar di antara alat-alat elektrik, seperti lampu dan suis, yang dilakukan secara terus tanpa melalui kotak simpang. |
universal joint | sambungan universal/sambungan semesta | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat penyambung yang menyambungkan hujung dengan hujung dua batang aci supaya satu bahagian dapat memutar aci yang satu lagi sama ada paksi kedua-dua aci tersebut segaris atau bersudut. Alat ini digunakan untuk membolehkan kuasa dihantar dari enjin ke gandar walaupun kedudukan kedua-duanya tidak sejajar. |
female connection | sambungan betina | Kejuruteraan | Petroleum | Paip, gandingan atau alat penyambung yang mempunyai bebenang atau ulir di permukaan dalamnya sahaja sehingga sambungan ini hanya boleh disambungkan atau diskrukan dengan sambungan jantan sahaja. Rujuk : sambungan jantan. |
male connection | sambungan jantan | Kejuruteraan | Petroleum | Paip, gandingan atau alat penyambung yang mempunyai bebenang atau ulir di permukaan luarnya sahaja sehingga sambungan ini hanya boleh disambungkan atau diskrukan dengan sambungan betina sahaja. Rujuk : sambungan betina. |
electrical zero | sifar elektrik | Kejuruteraan | Petroleum | Bacaan daripada alat pengukur berlitar elektronik (seperti alat pengelogan neutron, ketumpatan dan sebagainya) yang menunjukkan nilai sifar. Keadaan ini diperoleh apabila sambungan dari alat pengesan isyarat diputuskan dari litar rakaman atau ketika alat membuat pengukuran dalam keadaan ketiadaan isyarat yang hendak dikesan. Jika persekitaran mempunyai isyarat latar belakang, sifar elektrik diperoleh apabila alat pengukur telah ditentukurkan. Alat memberi bacaan sifar setelah pengaruh latar belakang serta kesan-kesan sampingan yang tidak dikehendaki dihilangkan. |
extension board | papan sambungan | Sosiologi | Tiada | Papan yang mengandungi beberapa soket yang digunakan untuk sambungan beberapa alat yang berdekatan. |
banana plug | palam pepisang | Teknik | Elektrik | Alat tambah elektrik untuk sambungan sementara, iaitu pasangan bagi bicu pepisang atau sambungan jantan (palam). |
plug | palam | Teknik | Elektrik | 1. Alat tambah elektrik untuk sambungan akhir pada bekalan dari perkakas/peralatan elektrik melalui kabel mudah lentur. Alat ini mempunyai dua atau tiga pin. 2. Alat tambah pembuluh, berulir di luar, yang digunakan untuk menutup hujung pembuluh yang berulir di dalam. 3. Komponen dalam sistem nyalaan enjin yang mengeluarkan bunga api untuk tujuan pembakaran dalam kebuk. |
three-plate rose | ros tiga plat | Teknik | Elektrik | Alat tambah pemasangan pendawaian untuk sambungan akhir lampu yang mempunyai tiga pangkalan. satu daripada pangkalannya digunakan untuk sambungan ke dawai hidup dan jika tidak digunakan dalam litar, alat tambah ini boleh dijadikan pangkalan untuk sambungan bumi. |