Algerian lace | renda Algeria | Kesenian | Tiada | Renda yang dihias dengan benang gimpal. |
tehlila | fabrik tehlila | Kesenian | Tiada | Fabrik sahhlat dari Algeria yang kasar dan tebal. Berwarna merah, digunakan untuk membuat sebai. |
tekka | tali tekka | Kesenian | Tiada | Tali pintal kemili daripada benang sayat dari Algeria, berwarna polos, dipakai untuk mengikat seluar oleh laki-laki Arab. |
esparto grass | rumput esparto | Geografi | Tiada | Sejenis rumput panjang yang di tanam di Algeria, Tunisia, dan di selatan Sepanyol. |
Zouave jacket (zoo-ahv) | jaket Zouave | Kesenian | Tiada | Jaket wanita paras pinggang jenis bolero, berkancing di leher, bahagian sisinya melengkung dan bertrimin di hadapan dan berlengan tiga suku panjang kembang ala pakaian tentera Algeria yang diilhamkan oleh Zouave semasa peperangan di Itali pada tahun 1859. Popular pada tahun 1859 hingga 1870-an dan kemudian dipopularkan semula pada tahun 1890-an. Pada tahun 1860-an jaket ini juga menjadi pakaian kanak-kanak. |
Zouave uniform | pakaian seragam Zouave | Kesenian | Tiada | 1. Pakaian seragam oriental yang terdiri daripada jaket paras pinggul, tanpa butang, berwarna biru kelasi, dipakai bersama seluar merah ala seluar Aladin, but hitam pendek dan putis. Dipakai bersama sash biru, serban hijau dan merah yang berambu biru. Pakaian tentera Perancis di Algeria.,2. Pakaian seragam yang sama stailnya dengan kumpulan askar tetapi berwarna lain untuk askar suka rela semasa perang sivil di Amerika. |
asylum (politic) | suaka politik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Peraturan dalam sistem hubungan antarabangsa yang membenarkan sesebuah negara memberikan perlindungan kepada warganegara asing yang melarikan diri atas alasan politik. Hak perlindungan ini tertakluk kepada budi bicara negara pemberi perlindungan. Pengisytiharan hak asasi manusia oleh PBB juga memperakukan hak suaka politik kepada semua pelarian politik. Contohnya, Mesir memberikan suaka politik kepada pejuang kemerdekaan Morocco dan Algeria semasa penjajahan Perancis. |
world music | world music | Muzik | Tiada | Muzik popular yang mencantumkan idiom muzik popular Amerika Syarikat dan Eropah dengan elemen muzik Afrika, Amerika Latin, India dan negara lain. World music ini diperkenalkan oleh syarikat muzik transnasional di Amerika Syarikat dan Eropah untuk memasarkan muzik tersebut pada tahun 1980-an. Contoh world music termasuklah reggae (Jamaica), rai (Algeria), highlife (Ghana), b |