Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi amerisium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. berkaitan dgn semua orang (tidak terbatas atau terkhusus kpd orang atau golongan tertentu), umum (lwn khas): hari kelepasan ~; kebajikan ~; orang ~ orang kebanyakan, orang banyak, orang biasa; 2. tidak terbatas atau terkhusus kpd sesuatu bidang (lapangan dsb) tertentu: pengetahuan ~; perkara-per­kara ~; mengamkan menyediakan dsb utk orang banyak, mengumumkan (tidak mengkhusus­kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : secara keseluruhan atau hampir seluruhnya; umum; tidak khas: pengetahuan ~ pengetahuan ttg berbagai-bagai perkara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Am


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
comprehensive general liability policypolisi liabiliti am komprehensifinsuransTiadaPolisi ini memberi perlindungan kepada insured bagi semua bahaya liabiliti am termasuk bahaya yang tidak diketahui, melainkan ia dikecualikan oleh polisi. Contoh: pendedahan yang dilindungi ialah premis dan operasi, keluaran dan operasi sempurna, kontraktor bebas dan kontraktor tertentu.
general coverageperlindungan aminsuransTiadaPelbagai jenis perlindungan yang diberikan secara umum oleh industri atau syarikat insurans.
general anaestheticanestetik am/anestetik umumSains KesihatanTiadaBahan yang bertindak terhadap sistem saraf pusat dan menyebabkan kehilangan kesedaran.
general contractorkontraktor amPenilaian Harta TanahTiadaTiada
general average (marine)averaj am (marin)insuransTiadaKerugian dalam insurans marin yang berpunca daripada usaha menyelamatkan keseluruhan harta dalam sesuatu pelayaran supaya tidak musnah sama sekali. Kerugian ini akan diagihkan kepada semua pelayaran berkenaan mengikut kadar masing-masing (termasuk peserta yang kargonya terbakar pada awalnya). Contoh: sebahagian kargo terpaksa dibuang ke laut untuk mengelakkan kapal tenggelam.
general physicianpakar perubatan amPerubatanTiadaDoktor pakar terlatih yang menyediakan penjagaan kesihatan bukan pembedahan kepada pesakit dewasa bagi penyakit yang sukar, serius atau luar biasa.
general liability insuranceinsurans liabiliti aminsuransTiadaInsurans yang melindungi pemilik dan pengendali perniagaan daripada pelbagai jenis pendedahan liabiliti. Pendedahan ini termasuk liabiliti yang timbul akibat kemalangan yang berpunca daripada premis, operasi insured, keluaran yang dijual oleh insured, dan liabiliti berkontrak.
general average sacrificepengorbanan averaj aminsuransTiadaPengorbanan salah satu kepentingan dalam pelayaran marin yang bertujuan menyelamatkan kepentingan lain daripada menghadapi kerugian menyeluruh.
general strain theoryteori ketegangan amKriminologiKeadilan JenayahTeori kriminologi yang diperkenalkan oleh Robert Agnew yang menyatakan bahawa ketegangan emosi boleh meningkatkan kemungkinan seseorang untuk melakukan jenayah. Ketegangan emosi boleh berlaku apabila seseorang tidak dapat mencapai matlamat yang diingini dengan mengikut cara yang biasa sehingga memilih jenayah sebagai alternatif untuk mencapai matlamatnya.
general mortgage bondbon gadai janji aminsuransTiadaInstrumen kewangan yang menjamin tanggungjawab yang diperolehi melalui gadai janji, tetapi didahului oleh terbitan yang lebih utama.
123

Kembali ke atas