Alabama Incident | Peristiwa Alabama | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konflik antara Amerika Syarikat dengan Britain sewaktu perang saudara di Amerika Syarikat pada tahun 1860 hingga 1865. Konflik ini terjadi ekoran daripada penglibatan Britain yang membantu pihak konfederasi selatan Amerika Syarikat yang berperang dengan pihak utara Amerika Syarikat. Pihak Selatan mendapat bantuan kelengkapan kapal Britain terutamanya kapal Alabama. Ekoran peristiwa ini, konflik Amerika Syarikat dengan Britain berlanjutan sehingga kes ini dibawa ke mahkamah arbitrasi Geneva pada tahun 1872. Persengketaan ini tamat apabila pihak mahkamah memutuskan pihak Britain perlu membayar ganti rugi kepada Amerika Syarikat. |
Monroe Doctrine | Doktrin Monroe | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Prinsip dasar luar Amerika Syarikat yang dinyatakan oleh Presiden James Monroe dalam perutusannya kepada Kongres Amerika Syarikat pada 2 Disember 1823. Prinsip ini merupakan pendirian Amerika Syarikat yang tidak akan campur tangan dalam hal ehwal Eropah dan menyeru supaya negara Eropah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara di benua Amerika. Sebarang usaha oleh pihak Eropah untuk menjajah semula negara di benua Amerika seperti di Amerika Tengah dan Amerika Selatan dianggap berbahaya kepada keselamatan dan keamanan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, doktrin ini kemudiannya telah digunakan untuk menjustifikasikan imperialisme Amerika Syarikat di Hemisfera Barat. |
American Legion | Legion Amerika | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Organisasi bekas pejuang perang dunia Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1919. Tujuan umumnya adalah untuk membela tatacara hidup Amerika Syarikat, iaitu menentang pengaruh komunisme dan membina semangat nasionalisme yang kuat. Secara khusus pula, organisasi ini berperanan membela veteran perang Amerika Syarikat. |
yankee bond | bon yankee | Pentadbiran | Tiada | Bon yang diterbitkan di Amerika Syarikat oleh peminjam bukan rakyat Amerika Syarikat. |
isolation | pemencilan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dasar yang memisahkan diri dan tidak mengambil tahu tentang urusan negara lain. Sebelum Perang Dunia Pertama, Amerika Syarikat terkenal dengan dasar pemencilan ini. Contohnya, pada tahun 1919 Amerika Syarikat tidak menandatangani perjanjian Versailles dan tidak menyertai Liga Bangsa. Walau bagaimanapun, selepas peperangan tersebut Amerika Syarikat tidak lagi mengamalkan dasar ini. Malah negara ini lebih mengamalkan dasar campur tangan dalam hal ehwal politik negara lain atas dasar menjaga keamanan dunia. |
Iran-Contra Scandal | Skandal Iran-Contra | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Skandal yang berlaku pada tahun 1980-an yang melibatkan seorang askar Amerika Syarikat berpangkat Leftenan yang bernama Oliver North. Beliau dikatakan telah memberi arahan supaya keuntungan hasil jualan senjata Amerika Syarikat kepada Iran digunakan untuk menyokong perjuangan pasukan Contra di Nicaragua. Perbuatan ini menjadi satu isu yang dipertikaikan kerana jelas bertentangan dengan kehendak pihak Kongres Amerika Syarikat. |
good neighbour policy | dasar berjiran baik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dasar yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Hebert Hoover bagi merujuk kepada hubungan politik Amerika Syarikat dengan negara di Amerika Latin. Pendirian politik ini diteruskan oleh Presiden Roosevelt. |
Yellow book | Buku kuning | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Buku panduan terbitan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang menerangkan cara untuk memperoleh tahap pencapaian Kriteria Penilaian Sistem Komputer Terpercaya (TCSEC) bagi persekitaran khusus daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Buku panduan ini juga memberi alasan teknikal tentang kepentingan keperluan kriteria tersebut dan perlu diikuti pemohon yang ingin memperoleh status TCSEC. Buku Kuning dibangunkan pada tahun 1988 oleh Philips dan Sony serta diterima pakai oleh ISO pada tahun 1989. Buku Kuning disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna kuning. |
isolationism | fahaman pemencilan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Fahaman yang menyokong dasar pemisahan diri dari dunia luar, yang pernah diamalkan oleh Amerika Syarikat pada suatu tempoh masa. Fahaman ini merujuk kepada sekumpulan ahli politik Amerika Syarikat yang mahukan negara tersebut tidak melibatkan diri dalam hal ehwal negara lain atau mengadakan sebarang perjanjian dengan negara lain. |
absence | ketidakhadiran | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kegagalan sesuatu pihak untuk menghadiri atau menarik diri daripada persidangan atau perbicaraan. Contohnya, Amerika Syarikat telah menarik diri dan tidak hadir semasa perbicaraan dalam kes Nicaragua lawan Amerika Syarikat. |