Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Eko) penilaian kos sesuatu perusahaan berbanding dgn faedah atau keuntungan perusahaan tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kos (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan harga, belanja, biaya, nilai, ongkos, anggaran.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cost benefit analysisanalisis kos-faedahEkonomiTiadaKaedah yang digunakan untuk menilai keberuntungan sesuatu projek. Analisis ini melibatkan penilaian terhadap faedah sesuatu projek berbanding dengan kos pelaksanaannya. Analisis kos faedah melibatkan lima langkah, iaitu: i) Mengenal pasti semua kesan projek seperti perubahan tingkat output harga, pendapatan, dan persekitaran; ii) Membuat anggaran kuantitatif terhadap kesan tersebut; iii) Memberi nilai wang kepada kesan tersebut; iv) Menjumlahkan kesan-kesan tersebut mengikut masa melalui suatu pendekatan yang mendiskaunkan faedah dan kos masa depan; dan v) Menentukan kepekaan hasil kajian terhadap perubahan nilai pemboleh ubah dan parameter.
cost-benefit analysisanalisis kos-faedahPentadbiranTiadaTiada
cost-benefit analysisanalisis kos-faedahPerhutananTiadaTiada
social cost-benefit analysisanalisis kos-faedah sosialEkonomiTiadaTiada
cost-benefit analysisanalisis kos-faedahKejuruteraanTiadaKaedah yang digunakan untuk menilai beberapa projek pelaburan yang hendak dilaksanakan oleh organisasi dengan mengambil kira telahan kos dan faedah yang berkaitan dengan projek tersebut.
cost benefit analysisanalisis kos-faedahBiologiEkologiPenilaian kos suatu perusahaan berbanding dengan faedah atau keuntungan yang didapati daripada perusahaan berkenaan. Jika nisbah kos/faedah adalah kecil , ini bermakna perusahaan tersebut menguntungkan. Kadang kala nilai kos sukar untuk untuk diberi nilai kuantitatif, dan ini mungkin mengakibatkan ralat yang serius bagi analisis tersebut. Misalnya, dalam analisis tentang perusahaan perumahan dan kompleks peranginan di kawasan hutan pergunungan yang penting sebagai kawasan tadahan air, kos yang wujud akibat kerosakan ke atas keseimbangan edaran hidrologi, seperti kawalan hakisan tanah dan banjir yang disebabkan oleh projek tersebut sepatutnya dicampurkkan ke dalam jumlah kos perusahaan tersebut, tetapi tidak dicampurkan kerana nilainya tidak dapat ditentukan secara kuantitatif.
benefit-cost analysisanalisis faedah-kosVeterinarTiadaTiada
cost benefit analysisanalisis faedah kosKejuruteraanTiadaTiada
cost-effectiveness analysisanalisis kos-keberkesananSosiologiTiadaPenilaian dan perbandingan jumlah perbelanjaan yang telah dilaburkan ke atas sesuatu projek dengan faedah-faedah dan pembaikan yang terhasil daripada projek tersebut.
policy evaluationpenilaian dasarPentadbiranPentadbiran Awam

Ditakrifkan sebagai suatu perkara yang amat penting demi menjamin kecemerlangan dan kejituan pelaksanaan sesuatu dasar awam. Ianya melibatkan empat tahap penilaian yang menjadi tunjang keefisienan sesuatu dasar yang dilaksanakan. Tahap-tahap tersebut ialah Penilaian Tahap Pengenalan Masalah (tahap mengenalpasti masalah dan factor penyebab kepada sesuatu isu), Penilaian Tahap Penerimaan Dasar (Fokus kepada analisis faedah, kos, kesan politik, ekonomi,kesan social dan moral sesuatu dasar terhadap kesejahteraan awam), Penilaian Tahap Pelaksanaan Dasar (Proses pemantauan maklumat tentang operasi dasar oleh golongan pelaksana dasar diteliti oleh eksekutif yang bertanggung jawab bagi memperbaiki keberkesanan dan keefisienan gaya pelaksanaan) dan Penilaian Tahap Pasca Pelaksanaan (Proses menilai faedah dan kesan keseluruhan selepas tamat tempoh pelaksanaa sesuatu dasar).

12

Kembali ke atas