building setback | anjakan bangunan | Sosiologi | Tiada | Jarak antara bangunan dengan sempadan yang perlu bebas daripada sebarang binaan kekal mengikut peruntukan undang-undang kecil bangunan. |
settlement | enapan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Anjakan yang terjadi pada tanah ataupun asas bangunan selepas ia dibebani sepenuhnya. Anjakan yang berlaku selalunya kecil dan tidak mengakibatkan kerosakan yang ketara pada struktur bangunan. |
bending | lenturan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Anjakan yang terbentuk pada rasuk atau pada tiang yang dibebani di bahagian rentangnya, sementara di kedua hujungnya dipangsi. |
deflection | pesongan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Anjakan yang terjadi pada anggota struktur (rasuk, tiang) akibat daripada lenturan oleh berat sendiri atau beban yang dikenakan. |
creep | rayap | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Anjakan yang terjadi pada struktur konkrit apabila dibebani oleh beban pada masa tertentu. |
setback regulation | peraturan anjakan | Sosiologi | Tiada | Satu peraturan di bawah undang-undang bertulis yang menghendaki sesuatu bangunan itu dibina pada jarak tertentu dari jalan atau sempadan lot tanah. |
shear strain | terikan ricih | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Terikan yang terbentuk daripada anjakan sudut bagi satu anggota struktur yang diakibatkan oleh daya-daya yang merentanginya. |
sway factor | faktor huyung | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Faktor yang digunakan dalam analisis struktur yang diperolehi daripada nisbah daya sebenar berbanding dengan jumlah daya anjakan. |