Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Asia Selatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Colombo PlanRancangan ColomboSains PolitikHubungan AntarabangsaRancangan yang dilancarkan pada tahun 1951. Sekretariatnya terletak di Colombo, Sri Lanka. Rancangan ini diwujudkan dalam usaha kerjasama bagi mengukuhkan pembangunan ekonomi dan sosial negara Asia Tenggara dan Asia Selatan. Rancangan ini lahir daripada persidangan menteri luar negara maju Kumpulan Tujuh (G7). Bantuan di bawah rancangan ini meliputi bidang pendidikan dan kesihatan, program latihan, pinjaman modal, bekalan makanan dan peralatan serta bantuan teknikal. Perancangan asalnya hanya untuk tempoh enam tahun, iaitu dari tahun 1951 hingga 1957. Kemudian rancangan tersebut disambung untuk beberapa tahun lagi sehingga kini. Antara negara penyumbang utama rancangan ini ialah Australia, New Zealand, Jepun, Amerika Syarikat, Britain dan Kanada.
hartalhartalSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan melumpuhkan semua aktiviti kerja seperti mengadakan mogok oleh pekerja perusahaan atau kakitangan kerajaan, menutup kedai oleh pemiliknya, ponteng sekolah atau universiti oleh pelajar dan pemberhentian semua transaksi pemiagaan seperti bank, saham, insurans dan sebagainya. Dengan tindakan ini, industri dan pengeluaran negara menjadi lumpuh serta memberi implikasi bahawa kerajaan yang sedang memerintah tidak mendapat sokongan dan didesak untuk meletakkan jawatan. Tindakan ini biasanya dilakukan di Asia Selatan terutama di India, Sri Lanka dan Bangladesh. Contohnya, tindakan melumpuhkan pentadbiran British oleh gerakan menuntut kemerdekaan India di bawah pimpinan Mahatma Gandhi.
northeast monsoonmonsun timur lautGeografiTiadaAngin monsun timur laut yang terbentuk bila berlaku sistem tekanan tinggi di tanah besar Asia Timur dan tekanan rendah di bahagian selatan Asia dan oleh itu wujud satu gradien tekanan.
tiger economyekonomi harimauEkonomiTiadaEkonomi yang sedang mengalami pertumbuhan pesat di Asia Tenggara. Ekonomi harimau Asia merangkumi ekonomi di negara Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, dan Taiwan yang mempunyai hab kewangan dan perdagangan yang canggih.
arowanakelisaPerikananTiadaSejenis ikan air tawar daripada famili Osteoglossidae, nama saintifik Scleropages formosus yang dipancing menggunakan umpan serangga. Ikan kelisa mempunyai badan yang panjang dan tipis serta sisik besar yang berwarna seakan-akan pelangi. Warna sisik ikan kelisa bergantung pada habitat asalnya sama ada dari Amerika Selatan, Asia, Australia atau Afrika. Ikan ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan digemari oleh kaki pancing serta penggemar ikan akuarium.
Asian-African ConferencePersidangan Asia AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
hemispherehemisferaMatematikTiadaSetengah bahagian dunia yang dibahagikan kepada utara dan selatan dengan garis khatulistiwa, atau kepada timur yang terdiri daripada Eropah, Asia dan barat yang terdiri daripada Amerika.
biological exchangepertukaran biologiPertanianAgronomi

Pertukaran tanaman atau haiwan dari kawasan asalnya ke kawasan baru yang pada asalnya tidak terdapat spesies berkenaan. Contohnya, tanaman seperti jagung, tomato, koko dan getah, berasal daripada benua Amerika Selatan, tetapi telah dibawa masuk dan berkembang di Asia dan Afrika. Sebaliknya, tanaman seperti kopi, tebu dan padi berasal dari kawasan Asia dan Afrika tetapi telah berpindah dan berkembang di Amerika Selatan.

South American leaf blight (SALB)hawar daun Amerika Selatan (SALB)BiologiPatologiPenyakit hawar daun yang sangat berbahaya pada getah yang disebabkan oleh kulat Microcyclus ulei. Gejala utamanya berupa bintik baldu berwarna hijau keperangan dan akhirnya seluruh daun yang trserang luruh. penyakit ini belum dilaporkan berlaku di Asia Tenggara.
international subsystemsubsistem antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaSebahagian daripada sistem antarabangsa. Dalam konteks serantau, subsistem antarabangsa terdiri daripada sistem yang terdapat di rantau geografi seperti Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Eropah Barat. Subsistem merangkumi semua interaksi seperti ekonomi, politik, sosial dan keselamatan dalam sesuatu rantau tersebut. Daripada segi ideologi, subsistem berasaskan kepada pegangan ideologi tertentu seperti komunisme, demokrasi, liberalisme dan sosialisme.
12

Kembali ke atas