bp | bp | Biologi | Genetik | Singkatan bagi pasangan bes. |
bp | bp | Kimia | Tiada | Singkatan bagi pasangan bes. |
Langmuir isothermal equation | persamaan isoterma Langmuir | Fizik | Haba | Kaitan antara jumlah gas yang terjerap yang berlaku dalam satu lapisan molekul dan tekanan pada suhu tetap. Salah satu bentuk kaitan ini adalah seperti yang berikut: θ = bp/1+bp dengan θ pecahan permukaan yang ditutupi oleh gas terjerap, b pemalar, p tekanan gas. Istilah ini juga dikenali sebagai isoterma jerapan Langmuir. |
CEN sequence | jujukan CEN | Biologi | Genetik | Jujukan lebih kurang 110 bp yang biasa terdapat pada DNA sentromer dan kaya dengan jujukan AT. Jujukan ini mengandungi satu jujukan 14 bp terpulihara pada satu penghujung dan satu jujukan 11 bp terpulihara pada penghujung yang lain. |
Programming Language 1 (PL/1) | Bahasa Pengaturcaraan 1 (BP/1) | Teknologi Maklumat | Tiada | . |
alcohol | alkohol | Perubatan | Tiada | 1. Sediaan rasmi BP (1973) yang mengandungi 95% etanol dan 5% air mengikut isi padu. Sediaan ini digunakan sebagai agen antiinfeksi setempat dan pelarut. 2. Satu siri sebatian hidrokarbon yang mempunyai satu atau lebih kumpulan hidroksil. |
core DNA | DNA teras | Biologi | Genetik | Bebenang DNA sepanjang 146 bp yang melilit partikel teras nukleosom. |
gotiglacial | gotiglasier | Geografi | Tiada | Peringkat sejuk menjangkaui tempoh masa 17000 - 10000 BP. |
Hogness box | kotak Hogness | Biologi | Genetik | Satu jujukan yang terletak 25 bp ke hulu tapak permulaan transkripsi dan menentukan gen eukariot. Jujukan ini mengandungi jujukan TATAAAA dan menentukan transkripsi bermula pada tempat yang betul. kotak TATA, kotak Goldberg-Hogness. |
base pair | pasangan bes | Biologi | Genetik | 1. Unit untuk saiz DNA (bp) 2. Pasangan yang khusus antara sitosina dengan guanina dan antara adenina dengan timina atau urasil. |