Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Badan Air

Puisi
 

Tinggi gunung si Karamayan,
     Kulihat kapal jauh berlabuh;
Menangis badan kesunyian,
     Air mata tiada teduh.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kura-kura di kaki ditinggalkan,
     burung terbang dikejar.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydraulic connectionsambungan hidraulikHidrogeologiTiadaSifat keselanjaran keupayaan gerakan air antara badan-badan air tanah yang dipisahkan setempat oleh bahan yang kurang telap dan badan air tanah yang berdampingan dengan sungai. Sin.: keselanjaran hidraulik
saltwater intrusion syn. saltwater encroachmentpenerobosan air garamHidrologiTiadaFenomena yang terjadi apabila badan air garam memasuki badan air tawar. Fenomena ini boleh terjadi di badan air permukaan atau badan air-tanah.
body waterair badan/air tubuhVeterinarTiadaTiada
body waterair badan/air tubuhPerubatanTiadaTiada
body waterair badan/air tubuhKimiaTiadaTiada
lochlochGeografiTiadaBadan air sama ada badan air tawar yang tertutup seperti tasik atau pun tembusan air laut yang mengunjur ke pedalaman.
lochlochGeologiTiadaBadan air sama ada badan air tawar yang tertutup seperti tasik atau pun tembusan air laut yang mengunjur ke pedalaman.
energy balance syn. energy budget see also heat balanceimbangan tenagaHidrologiTiadaPersamaan yang digunakan untuk menganggar sejatan dari badan air terbuka atau peluhsejatan dari permukaan daratan. Persamaan ini menyatakan bahawa penambahan tenaga yang tersimpan dalam suatu badan air adalah sisa antara tenaga masukan (sinaran suria, sinaran gelombang panjang atmosfera, jumlah bersih tenaga terolak ke dalam badan air) dan tenaga keluaran (sinaran suria terpantul dan sinaran gelombang panjang dipancarkan oleh badan air, tenaga sejatan, tenaga terkonduksi dari badan air sebagai haba yang boleh diindera, tenaga yang ditolak oleh air tersejat). (GHM)
fractured mediummedium retakHidrogeologiTiadaMedium telap yang airnya terdapat dalam rangkaian rekah bersilangan, terdiri dari lubang-lubang pipih dan tubular. Saiz badan air dalam lubang pipih tidak sama dan mungkin hanya mendawai sahaja; sementara saiz badan air dalam lubang tubular biasanya berukuran rerambut besar dan dapat mengakibatkan pengaliran cepat. (Saling hubungan rekahan mungkin tersebar luas, atau badan air dalam retakan tunggal atau retakan kelompok mungkin terputus dari badan air dalam lubang yang berdampingan). Ruj.: Tolman 1937
hydrographyhidrografiGeologiTiada1. Sains mengenai penghuraian dan pengukuran badan air terbuka misalnya lautan, laut, sungai, tasik, dan reservoir.,2. Pemetaan badan air terbuka untuk tujuan pelayaran.
12345678910...

Kembali ke atas