federal land bank system | sistem bank tanah persekutuan | Geografi | Tiada | Tiada |
land bank | bank tanah | Pentadbiran | Tiada | Kumpulan tanah milik pemaju yang belum lagi dibangunkan. |
land bank | bank tanah | Ekonomi | Tiada | Pusat pengumpulan maklumat tentang tanah seperti keluasan, penggunaan, dan hak milik tanah. Maklumat ini penting untuk tujuan perancangan dan penggunaan tanah pada masa akan datang. |
seed bank | bank biji benih | Biologi | Ekologi | Jumlah biji benih yang tersimpan di dalam tanah, yang boleh bercambah apabila wujud keadaan sekitaran yang sesuai. Umumnya tanah di lantai hutan menampung biji benih daripada spesies yang gemar akan cahaya (fotofit) dan keadaan redup (skiofit), tetapi biji benih spesies fotofit tidak boleh bercambah tanpa wujudnya luang pada kanopi hutan. |
bank storage | simpanan tebing | Hidrogeologi | Tiada | Perubahan simpanan dalam suatu akuifer akibat perubahan paras air permukaan yang berdampingan (USGS). Keadaan ini menghuraikan isi padu air tanah yang tersimpan sementara dalam suatu akuifer kerana ketinggian paras airnya melebihi ketinggian purata paras air permukaan yang berdampingan. Di dalamnya termasuk air tanah yang gagal masuk ke air permukaan kerana paras air permukaan melebihi paras air tanah serta air yang meresap ke bumi dari sungai semasa paras air tinggi. Bila paras sungai turun, air yang tersimpan sementara ini mulai mengalir ke sungai. (Dimensi: L3) Ruj.: Tolman 1937 |
levee syn. bund; dike; embankment; stop bank | permatang | Hidrologi | Tiada | Binaan tanah penahan air yang digunakan untuk mengehadkan aliran sungai dalam kawasan tertentu di sepanjang sungai atau untuk mengelakkan berlakunya banjir akibat ombak atau pasang surut. (Chow) |
bank kiln | tanur bertingkat | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tanur ini bentuk memanjang dengan salah satu bahagian hujungnya mempunyai corong menara manakala hujung lainnya dijadikan tempat pembakaran. Di dalam tanur ini, tembikar mentah disusun secara bertingkat atau berbaris. Bentuk susunan ini mempunyai kelebihan kerana boleh memuatkan hingga ratusan tembikar tanah untuk sekali pembakaran. Bentuk tanur kategori ini yang kerap digunakan ialah tanur naga. |