Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lan.da] | بلندا

Definisi : 1. = negeri ~ negeri yg letaknya di Eropah Barat; 2. = orang ~ penduduk negeri Belanda; 3. = bahasa ~ bahasa penduduk Belanda; ~ hitam Id, bp orang Negro; bagai ~ minta tanah prb (sesudah) diberi sedikit, minta lagi banyak; spt ~ kesiangan prb bertingkah laku spt orang Belanda; tidak mati oleh ~ prb orang yg telah kaya betul tidak akan jatuh miskin lagi (walaupun rugi dlm perniagaan dll);membelandakan 1. menjadikan bersifat spt orang Belanda; 2. menterjemahkan ke dlm bahasa Belanda; 3. Id menyamakan haknya dgn warganegara Belanda; kebelanda-belandaan Id bertingkah laku spt orang Belanda, kebarat-baratan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Belanda

Puisi
 

Inderagiri Kota Belanda,
     Orang Acheh menanam buluh;
Memang untung berkahwin janda,
     Anak besar boleh disuruh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Umpama Belanda kesiangan.

Bermaksud :

Orang yang bertingkah laku seperti orang putih.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Dutch doorpintu BelandaKesenianHiasan DalamanPintu yang terbelah dua dan setiap daun pintu boleh dibuka secara berasingan pada kedua-dua arah. Pintu Belanda dibina separuh dari ketinggian permukaan lantai. Pintu ini dikenali juga sebagai pintu koboi.
Dutch colonial stylegaya kolonial BelandaKesenianHiasan DalamanGaya perabot yang boleh dikenal pasti melalui unsur papan cantik yang tergantung dan berbentuk atap gambrel. Gaya ini terkenal pada abad ke-17, di kawasan penempatan Belanda di Amerika Utara.
Dutch cupboardalmari BelandaKesenianHiasan DalamanAlmari yang mempunyai rak, yang digunakan untuk mempamerkan barangan porselin Cina. Pintu almari ini dibina, sama ada bertutup atau berpanel kaca.
Dutch settleenap BelandaKesenianHiasan DalamanPerabot yang mempunyai engsel di bahagian belakang supaya dapat direndahkan menjadi meja. Perabot ini terkenal pada abad ke-18 hingga abad ke-19.
Dutchman attachedpasak BelandaKesenianHiasan DalamanKepingan kayu atau bahan lain yang digunakan untuk menutup bukaan atau kerosakan pada kepingan kayu atau bahan yang lain, secara menegak atau melintang dalam bentuk tanggam.
Dutchmanpenyambung permaidani BelandaKesenianHiasan DalamanPenyambungan permaidani tambahan kepada permaidani utama. Kerja penyambungan ini dianggap sebagai suatu kecacatan. Oleh itu, perancangan awal yang teliti boleh mengurangkan berlakunya penyambungan tersebut, sekali gus mengelakkan pembaziran dan ketidakseragaman.
dutch doorpintu belandaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
antifebrileantifebrilHerbaPemiawaianSifat agen yang mencegah dan merawat kesan demam. Contohnya, ekstrak daripada daun telinga beruang (Thottea dependens) dan daun durian belanda (Annona muricata) yang bersifat antifebril. Sinonim antipiretik.
korfballbola korfSukanTiadaPermainan bola seakan-akan bola keranjang, dimainkan oleh dua (2) pasukan campuran jantina. Setiap pasukan terdiri daripada lapan (8) pemain, iaitu empat (4) lelaki dan empat (4) wanita. Permainan ini berasal dari Dutch, Belanda.
chorale variationskoral variasiMuzikTiadaVariasi organ abad ke-16 hingga abad ke-17 yang berasas­kan melodi koral Protestan Jerman. Melodi koral digubah sebagai cantus firmus bagi beberapa siri variasi. Gaya ini diperkembang oleh Sweelinck (1562-1621), seorang komposer Belanda.
12

Kembali ke atas