disaster | bencana | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kejadian buruk yang melanda secara tiba-tiba, tidak dijangka masa berlakunya dan di luar kawalan manusia. Terdapat bencana yang layak dilindungi dan tidak layak dilindungi dalam skim takaful. Jenis bencana yang layak dilindungi seperti kebakaran, kecurian, kematian dan keilatan kekal seluruh anggota badan akan ditakrifkan secara spesifik dalam kontrak. Bencana lain seperti bencana alam dan bencana yang disengajakan tidak layak dilindungi. |
disaster counseling | kaunseling bencana | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah kaunseling yang mengkhusus kepada pengurusan bencana dan cara-cara berhadapan dengan trauma yang dihadapi akibat bencana. Contohnya, kaunselor memberi sokongan, semangat dan empati kepada klien untuk berhadapan dengan bencana tersebut. |
act of God | bencana alam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kejadian alam atau kesan semula jadi yang berlaku di luar kawalan manusia. Bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan banjir akan menghalang sesuatu pihak daripada melaksanakan kewajipan mereka di sisi undang-undang antarabangsa. Bencana alam akan membebaskan pihak tersebut daripada sebarang liabiliti atau dipertanggungjawabkan atas perlanggaran kewajipan. Contohnya, dalam sesuatu kontrak atau perjanjian antarabangsa, terdapat klausa umum berkenaan bencana alam yang menyatakan bahawa sesuatu pihak itu akan dikecualikan daripada dipertanggungjawabkan apabila sesuatu bencana alam berlaku. |
Islamic Solidary Fund (ISF) | Tabung Solidariti Islam (ISF) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Organisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang menyediakan bantuan kecemasan kepada negara anggota yang ditimpa bencana alam atau bencana akibat perbuatan manusia. Organisasi ini juga menyalurkan bantuan kewangan kepada masyarakat Muslim di negara bukan Muslim bagi tujuan keagamaan, sosioekonomi dan kebudayaan. Sumber ISF ialah wakaf dan hartanah yang disumbangkan oleh negara anggota dan pertubuhan Muslim. |
hazard estimation | anggaran bencana | Landskap | Tiada | Perkiraan secara kasar yang dibuat dalam perancangan landskap bagi menganggar kesan sesuatu bencana terhadap persekitaran. |
common disaster clause | fasal bencana serentak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fasal dalam polisi insurans hayat yang membolehkan insurer untuk membahagikan pendapatan daripada polisi tersebut jika bencana berlaku serentak. |
mutual assistance | takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sistem perlindungan daripada kehilangan atau kerugian akibat ditimpa oleh bencana tertentu yang berasaskan syariah. Perlindungan takaful ini berdasarkan pakatan sekumpulan orang yang bersetuju untuk saling menjamin dan melindungi antara satu sama lain. Semua ahli dalam kumpulan tersebut akan menyumbangkan dana ke dalam satu tabung untuk membantu meringankan beban ahli yang mengalami bencana. Jenis bencana yang dilindungi dan jumlah bantuan yang dijamin adalah mengikut persetujuan yang telah ditetapkan bersama. Jenis takaful ialah takaful am dan takaful keluarga. Sistem ini berbeza dengan insurans konvensional kerana tidak mengandungi unsur yang dilarang dalam Islam seperti gharar, maisir dan riba. Sinonim insurans Islam. |
disaster recovery plan | pelan pemulihan bencana | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Rancangan yang dibuat untuk memastikan sistem teknologi maklumat suatu organisasi dapat dipulihkan dalam tempoh masa yang munasabah selepas bencana. |
DRP (disaster recovery plan) | DRP (rancangan pemulihan bencana) | Teknologi Maklumat | Tiada | Tatacara yang memerihalkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh oganisasi untuk mengembalikan pengendalian komputer kepada asal jika berlaku bencana. Rancangan ini terdiri daripada empat komponen utama, iaitu rancangan kecemasan, rancangan sandaran, rancangan pemulihan dan rancangan ujian. |
indirect damage | kerosakan tidak langsung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kerugian akibat daripada berlakunya bencana tetapi bukan disebabkan secara langsung atau serta-merta oleh bencana berkenaan. Kerosakan tidak langsung boleh dilindungi oleh insurans. Contoh: gangguan perniagaan, kepentingan pajakan, sewa dan sebagainya. |