Scutum star cloud | awan bintang Scutum | Matematik | Tiada | Awan bintang yang agak kecil tetapi sangat terang dalam galaksi Bimasakti di dalam buruj Scutum. Awan ini dikenali sebagai Permata Bimasakti. |
Galaxy (Milky Way System) | Galaksi (Sistem Bimasakti) | Matematik | Tiada | Sistem bintang yang sangat besar. Matahari menjadi anggota atau komponennya. Galaksi ini berbentuk pusar dan seperti galaksi pusar yang lain ia juga sangat leper. Di dalam galaksi ini terdapat kira-kira 100 ribu juta bintang. |
galactic rotation | putaran galaksi | Matematik | Tiada | Putaran Bimasakti di pusatnya, dan sedikit sebanyak semua komponennya turut juga terlibat dalam putaran ini. |
galactic centre | pusat galaksi | Matematik | Tiada | Pusat graviti galaksi Bimasakti yang di sekelilingnya menjadi tempat matahari dan bintang-bintang lain dalam galaksi kita ini beredar. Pusat ini dikatakan terletak kira-kira 30 000 tahun cahaya dari matahari dari arah Saggitarus, pada longitud paksi 325 darjah dan dilindungi oleh awan bintang tebal dan nebula gelap daripada sistem suria kita. |
dark nebula | nebula gelap | Matematik | Tiada | Tompok gelap dalam Bimasakti, dan berhampiran dengan sesetengah nebula yang cerah yang terserak luas. Tompok-tompok ini dipercayai terdiri daripada awan debu yang mengandungi kumin besi, zink atau tembaga. |
centre of galaxy | pusat galaksi | Matematik | Tiada | Pusat graviti galaksi Bimasakti yang di sekeliling matahari dan bintang-bintang lain dalam galaksi kita beredar. |
Sagittarius Stars Clouds | Awan Bintang Sagittarius | Matematik | Tiada | Awan bintang Bimasakti yang paling besar dan paling cerah. |
perigalacticon | perigalaktikon | Matematik | Tiada | Titik dalam orbit bintang yang mengelilingi Bimasakti yang terletak paling hampir dengan pusat galaksi. |
galactic windows | jendela galaksi | Matematik | Tiada | Kawasan yang berhampiran dengan khatulistiwa Bimasakti di mana penyerapan cahaya oleh awan bintang sebegitu rendah sehingga galaksi luar yang jauh dapat dilihat melaluinya. |
star clouds | awan bintang | Matematik | Tiada | Kumpulan bintang yang amat besar yang membentuk Bimasakti yang kelihatan seperti awan yang cerah. Bintangnya yang paling cerah ialah Awan Sagittarius dan Bintang Seutum. |