CD-video (CD-V) | Video CD (CD-V) | Teknologi Maklumat | Tiada | CD yang membolehkan rakaman video selama 5 minit disimpan pada cakera 3 inci dalam bentuk analog. CD ini tidak digunakan lagi kerana telah digantikan dengan CD-ROM XA. Lihat CD-ROM XA. |
CD-RW | CD-RW | Teknologi Maklumat | Tiada | Akronim untuk CD boleh tulis semula. Teknologi CD-ROM membolehkan pemacu CD-RW memadam dan menulis data berulang kali. Dahulunya disebut CD-E iaitu CD boleh hapus. Pemacu CD-RW boleh membaca dan menulis cakera CD-RW dan juga membaca cakera CD-ROM dan CD-R. Bagaimanapun cakera CD-RW tidak boleh dibaca oleh pemacu CD-ROM sekiranya proses penulisan cakera tidak ditamatkan. Harga CD-RW lebih mahal daripada CD-R. Lihat CD-R. |
CD erasable (CD-E) | CD boleh hapus (CD-E) | Teknologi Maklumat | Tiada | Kini dikenali sebagai CD-RW atau CD boleh tulis semula. Lihat CD-RW. |
CD-Digital Audio (CD-DA) | Audio Digital CD (CD-DA) | Teknologi Maklumat | Tiada | Format yang digunakan untuk merakam atau merekodkan suara atau audio digital seperti lagu, muzik, temu bual dan lain-lain pada cakera padat. Format ini popular digunakan dalam industri muzik. |
CD-Digital Audio (CD-DA) | Audio Digital CD (CD-DA) | Teknologi Maklumat | Tiada | Format yang digunakan untuk merakam atau merekodkan suara atau audio digital seperti lagu, muzik, temu bual dan lain-lain pada cakera padat. Format ini popular digunakan dalam industri muzik. |
CD-write once (CD-WO) | CD-tulis sekali (CD-WO) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi cakera dan pemacu CD-ROM yang membenarkan pengguna merekod data di atas cakera sekali sahaja. Selalunya digunakan sebagai cakera ujian atau sampel sebelum cakera induk disediakan. |
Ig. CD interactive (CD-I) | interaktif CD | Teknologi Maklumat | Tiada | Format cakera padat yang dibangunkan oleh Philips dan Sony yang boleh menyimpan data, audio, video pegun dan grafik animasi. Format ini boleh menampung sehingga 144 minit stereo kualiti-CD, 9.5 jam stereo kualiti-radio-AM, atau 19 jam audio monofonik. Cakera CD-I perlu dimainkan pada pemacu/pemain CD-I yang kebiasaannya disambung kepada set televisyen. |
CD-magneto optical (CD-MO) | CD-optik magnet | Teknologi Maklumat | Tiada | Format CD yang menggunakan gabungan magnet dan optik untuk menyimpan dan membaca data. Cakera CD-MO, secara teori, boleh ditulis semula banyak kali. |
CD-R | Cakera padat-baca (CD-R) | Teknologi Maklumat | Tiada | Akronim untuk cakera padat boleh rekod. Teknologi CD yang membenarkan sesuatu CD ini dirakam atau ditulis menggunakan pemacu CD-R yang menggunakan teknologi laser. Teknologi ini tidak membolehkan data dipadam setelah ditulis. CD-R boleh dibaca melalui pemacu CD biasa setelah proses perakamannya ditutup atau ditamatkan. |
CD-R | cakera padat-baca (CD-R) | Teknologi Maklumat | Tiada | Akronim untuk cakera padat boleh rekod. Teknologi CD yang membenarkan sesuatu CD ini dirakam atau ditulis menggunakan pemacu CD-R yang menggunakan teknologi laser. Teknologi ini tidak membolehkan data dipadam setelah ditulis. CD-R boleh dibaca melalui pemacu CD biasa setelah proses perakamannya ditutup atau ditamatkan. |