computed radiography (CR) | radiografi terhitung (CR) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Teknologi yang digunakan untuk mengubah sistem analog pada radiografi konvensional kepada radiografi digital. CR menggunakan piring imejan fosfor yang fleksibel untuk menangkap imej digital. Apabila piring imejan didedahkan kepada sinar-X atau sinar gamma, lapisan fosfor pada piring akan menyimpan imej tersebut. Piring imejan ini seterusnya dibaca oleh pengimbas dan cahaya laser yang terfokus akan mengeluarkan imej yang tersimpan dalam bentuk cahaya foton. Cahaya ini akan dikumpul dan ditukarkan kepada isyarat digital yang akan diproses dan dipaparkan pada komputer. |
giant magnetoresistance (GMR) | magnetorintangan raksasa (GMR) | Fizik | Nanoteknologi | Fenomena rintangan bahan tertentu yang berubah terlalu besar apabila medan magnet dikenakan terhadapnya. Kesan ini dapat dilihat pada struktur multilapisan magnet, dengan dua lapisan magnet diasingkan dengan rapat oleh suatu lapisan dengan ketebalan beberapa nanometer. Lapisan magnet pertama hanya membenarkan elektron dalam suatu keadaan spin melepasinya dengan mudah sekiranya lapisan magnet kedua sejajar dengannya. Sekiranya lapisan kedua tidak sejajar, aliran spin tidak mudah merentasi struktur kerana rintangan elektrik adalah tinggi. Contohnya dalam struktur multilapisan Fe/Cr dan Co/Cu, magnitud perubahan rintangan adalah sekitar 100% pada suhu rendah. Antara penggunaan magnetorintangan raksasa ialah penderia kompas elektronik, ingatan magnet bukan meruap dan pengesanan periuk api. |