cubic foot | kaki padu | Perhutanan | Tiada | Simbol Cu. ft. Unit sukatan sebenar yang bersamaan dengan satu kiub yang mempunyai dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu kaki tinggi. Sukatan ini digunakan untuk menyukat isi padu dirian dalam hutan atau isi padu balak dan kayu gergaji di kilang papan. |
nanosized grain | butiran bersaiz nano | Fizik | Nanoteknologi | Perihal utiran suatu bahan yang mempunyai saiz dalam julat nanometer. Contohnya, aloi Cu-Fe berstruktur nano mempunyai saiz butiran antara 20 nm - 70 nm dan bilangan butiran yang terbanyak adalah pada saiz 40 nanometer. Saiz butiran ini memainkan peranan yang penting dalam sifat mekanik, elektrik dan magnet sesuatu bahan. Aloi tersebut akan mengalami retakan atau patah, apabila dikenakan tekanan sehingga mencapai 2.8 GPa, iaitu lima kali lebih kuat daripada aloi yang sama yang mempunyai saiz butiran antara 50 mikrometer - 150 mikrometer. |
complex ion | ion kompleks | Kimia | Kimia Analisis | Ion yang struktur molekulnya terdiri daripada satu ion pusat yang terikat pada atom-atom lain dengan ikatan kovalen koordinat. Misalnya, ion kuprammonium, Cu(NH3)2+4. |
ligand | ligan | Kimia | Kimia Analisis | Molekul atau ion yang mempunyai atom penderma. Tindak balas ligan dengan logam menghasilkan sebatian koordinat atau ion kompleks. Ia juga dikenali sebagai agen pengkoordinat. Contoh ligan ialah air dalam ion kompleks [Cu(H2O)6]2+ dan ion sianida dalam ion kompleks [Ni(CN)4]2-. |
giant magnetoresistance (GMR) | magnetorintangan raksasa (GMR) | Fizik | Nanoteknologi | Fenomena rintangan bahan tertentu yang berubah terlalu besar apabila medan magnet dikenakan terhadapnya. Kesan ini dapat dilihat pada struktur multilapisan magnet, dengan dua lapisan magnet diasingkan dengan rapat oleh suatu lapisan dengan ketebalan beberapa nanometer. Lapisan magnet pertama hanya membenarkan elektron dalam suatu keadaan spin melepasinya dengan mudah sekiranya lapisan magnet kedua sejajar dengannya. Sekiranya lapisan kedua tidak sejajar, aliran spin tidak mudah merentasi struktur kerana rintangan elektrik adalah tinggi. Contohnya dalam struktur multilapisan Fe/Cr dan Co/Cu, magnitud perubahan rintangan adalah sekitar 100% pada suhu rendah. Antara penggunaan magnetorintangan raksasa ialah penderia kompas elektronik, ingatan magnet bukan meruap dan pengesanan periuk api. |