effective dose | dos berkesan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Jumlah dos sinaran yang diterima oleh keseluruhan tubuh untuk memberikan kesan kesihatan kepada individu. Jumlah dos berkesan yang diterima oleh individu dikira dengan mengira purata dos setara untuk tisu badan yang berbeza dengan mendarabkan faktor pemberat W bagi menggambarkan kesan yang berbeza-beza ke atas tisu yang berlainan. Formula bagi dos berkesan diberi sebagai E = WH, E = Dos berkesan W = Faktor pemberat H = Dos setara |
equivalent dose | dos setara | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Hasil darab dos terserap, D bagi tisu dan faktor kualiti, Q. Dos setara, E boleh diungkapkan sebagai E = DQ. Nilai Q bersandar pada jenis sinaran, dengan Q = 1 untuk sinar-X, sinar gama dan zarah beta, manakala untuk proton, neutron dan zarah alfa, nilainya lebih besar daripada 1. Unit bagi E ialah Sievert (SV) dan D ialah gray. Dos setara 1 Sv untuk seluruh badan boleh menyebabkan sedikit perubahan pada darah, manakala 2.5 Sv boleh menyebabkan kehilangan rambut, loya, atau kematian bagi kebanyakan kes. Lihat juga dos berkesan. |
pocket dosimeter | meter dos poket | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Alat yang digunakan untuk memantau dos sinaran terkumpul pekerja sinaran. Alat ini boleh dipakai pada poket baju dan digunakan untuk memantau dos individu tersebut semasa bekerja dalam kawasan sinaran. Bacaan yang diberikan tidak kekal dan akan hilang apabila disetkan semula. Bacaan sebelum dan selepas bekerja perlu direkodkan agar dos yang diterima oleh individu tersebut dapat diketahui statusnya. |
posology | posologi | Herba | Tiada | Pengetahuan tentang jumlah atau kuantiti dos bahan herba yang digunakan dalam perubatan. Penggunaan bahan herba melebihi dos yang ditetapkan boleh menyebabkan mudarat atau kesan sampingan. Contohnya, dos maksimum 12 g daun kering misai kucing digunakan dalam satu hari. |
toxicological data | data toksikologi | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Maklumat berkaitan dengan kajian tentang kesan toksik produk herba dalam julat dos terapeutik dan dos yang lebih tinggi. Data toksikologi merupakan prasyarat bagi ujian klinikal. |
lethal dose | dos maut | Farmasi | Tiada | Dos sesuatu drug atau bahan bioaktif yang boleh menyebabkan maut, biasanya bergantung pada tahap ketoksikannya. |
cumulative dose | dos kumulatif | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Jumlah dos terkumpul yang diterima oleh pekerja sinaran radiografi. Hal ini berlaku disebabkan oleh dedahan yang berulang-ulang dalam satu tempoh masa tertentu. |
metered-dose inhaler (MDI) | alat sedut dos bermeter | Sains Kesihatan | Tiada | Alat sedut yang dapat membebaskan sukatan dos dengan tepat. |
As Low As Reasonably Achievable (ALARA) | dos terendah munasabah dicapai (ALARA) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Konsep yang digunakan untuk mengurangkan dos dedahan terhadap pancaran sinar pengionan ke tahap yang paling minimum. Terdapat tiga faktor dalam konsep ini, iaitu tempoh dedahan, jarak daripada sumber sinaran dan bahan perisai. |
excipient | eksipien | Herba | Tiada | Bahan lengai yang ditambah dalam suatu formulasi herba. Eksipien berfungsi sebagai pencair, pembawa, pembentuk dos atau bahan yang memelihara ketekalan suatu ramuan dalam sesuatu bentuk dos herba. Contoh eksipien ialah laktosa, kanji gandum, agar-agar, gelatin dan madu. |