atrium | atrium | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang dalaman yang besar dan tinggi, biasanya terdapat di dalam pasar raya, bangunan pejabat dan ruang legar hotel. Ruang ini lebih menyerlah dengan paduan bumbung kaca berkerangka bingkai besi. Biasanya, ruang ini dihiasi dengan pokok-pokok bagi mewujudkan suasana ceria dan selesa. Dalam seni bina Rom ruang dalaman ini dibiarkan terbuka, terdedah ke langit dan dikelilingi oleh bumbung. |
patio | patio | Kesenian | Hiasan Dalaman | Halaman dalaman bangunan yang terbuka tanpa sebarang bumbung atau ruang duduk luaran terbuka dan berbumbung yang bersambung dengan bangunan utama atau rumah. Patio digunakan secara meluas dalam seni bina bangunan di Amerika Utara dan Amerika Latin. |
interior monologue | monolog dalaman | Kesusasteraan | Tiada | Teknik lakonan yang melibatkan pengucapan batin seseorang watak yang ditemui dalam karya sastera. Bagi pengarang, monolog dalaman menjadi alat untuk mendedahkan perasaan, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog. Oleh itu, monolog dalaman dianggap suatu proses mental watak yang dikongsi bersama dengan pembaca. Monolog dalaman juga boleh dirujuk sebagai bhagian atau keseluruhan teks yang merakamkan pemikiran, perasaan, persepsi dan memori watak tanpa sebarang perantaraan seolah-olah pembaca dapat menembusi mindanya. Monolog disampaikan dengan menggunakan teknik aliran kesedaran yang menekankan kecelaruan dan pengabaian logik dengan penggunaan ayat yang tidak teratur, serta idea yang tergantung dan tidak mengikut kronologi. Teknik monolog dalaman mendapat tempat dalam penulisan pada awal abad ke-20 apabila penulis mula mementingkan psikologi watak berbanding plot. Penulis masyhur dari Barat yang menggunakan teknik ini termasuklah James Joyce, Virginia Woolf dan William Faulkner. Antara penulis Malaysia yang menggunakan teknik ini ialah Shahnon Ahmad dalam karyanya Igau dan Arena Wati dalam novel Panrita. |
internal economy | ekonomi dalaman | Ekonomi | Tiada | Penjimatan kos yang wujud hasil daripada operasi tertentu oleh firma yang hanya boleh dinikmati oleh firma itu sendiri. Misalnya, pembesaran operasi firma boleh mewujudkan ekonomi dalaman menerusi pembahagian dan pengkhususan kerja. Apabila firma mengalami ekonomi dalaman, keluk kos puratanya menurun. |
in-house evaluation | penilaian dalaman | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Proses penilaian sampel produk kosmetik tempatan atau import sama ada daripada hasil penyelidikan atau tertib pengeluaran untuk tujuan pemilihan produk, pensampelan dalaman atau demonstrasi dan tidak dimaksudkan untuk kegunaan oleh pengguna atau jualan secara komersial. Penilaian dalaman ini dilakukan oleh syarikat atau individu yang bertanggungjawab meletakkan produk kosmetik dipasaran dengan kebenaran pihak berkuasa. |
tropism | tropisme | Kesusasteraan | Tiada | Reaksi dalaman sesuatu watak akibat rangsangan (stimulus) luaran, contohnya dalam monolog dalaman. Tropisme boleh diandaikan sebagai sebarang perlakuan yang tidak diperkatakan tetapi terlintas dalam fikiran watak walaupun sejenak. Teknik ini bermula sebagai avant garde berbentuk separa pertuturan. Pada mulanya, teknik ini digunakan dalam disiplin biologi untuk mencerminkan pengubahsuaian sesuatu organisma secara pertumbuhan, dan bukannya pergerakan setelah diberikan stimulus. Tropisme berasal daripada bahasa Yunani tropos yang bermaksud �berputar�. Lihat juga avant-garde, monolog dalaman. |
intrinsic quality | mutu dalaman | Kesusasteraan | Puisi | Mutu atau nilai yang terkandung dalam sesebuah puisi khususnya tentang unsur-unsur dalaman seperti diksi, imejan, rima, ritma, bahasa majas dan sebagainya. Sinonim kualiti intrinsik. |
interior landscape | landskap dalaman | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Reka bentuk landskap yang khas untuk penyesuaian pada kawasan dalaman bangunan seperti atrium. |
internal audit | audit dalaman | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pemeriksaan terhadap keperluan dan kesahihan proses pengeluaran produk herba yang dilakukan dalam sesuatu organisasi. Audit dalaman bertujuan untuk menilai kecekapan dan kebolehpercayaan bahagian pengurusan jaminan kualiti organisasi tersebut. |
design fees and compensations | harga reka bentuk dan pampasan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bayaran yang ditentukan oleh pereka bentuk dalaman setelah mereka berjaya menyelesaikan (menyiapkan) sesuatu hasil kerja. Pereka mengenakan harga bayaran berdasarkan jam, kadar sekata dan peratus kenaikan harga barangan. |