Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Food and Agricultural Organisation (Pertubuhan Makanan dan Pertanian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata FAO


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Food and Agriculture Organization (FAO);FAOSains PolitikHubungan AntarabangsaLihat Pertubuhan Makanan dan Pertanian.
Food and Agriculture Organization (FAO)Pertubuhan Makanan dan PertanianSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1945 dan beribu pejabat di Rom, Itali. Pertubuhan ini mempunyai 180 negara dan Kesatuan Eropah. Terdapat satu majlis yang terdiri daripada 49 anggota. Objektif pertubuhan ini adalah untuk mempromosikan pembangunan luar bandar yang mampan dengan penekanan kepada golongan petani miskin, pengeluaran makanan dan meningkatkan tahap pemakanan berkhasiat. Pertubuhan ini berusaha mencapai objektifnya dengan melakukan penyelidikan, menerbitkan laporan, mengadakan persidangan serta menawarkan bantuan teknikal, benih yang diperbaik, membuat serum dan vaksin, dan bantuan untuk meningkatkan hasil hutan. Programnya dijalankan oleh pelbagai jawatankuasa dalam bidang pertanian, perikanan dan makanan. Jabatan Pembangunan Mampan dalam pertubuhan ini berfungsi untuk memberi nasihat kepada kerajaan sesebuah negara dalam mengintegrasi polisi, perancangan dan pengurusan sumber dan telah melaksanakan Agenda 21 Earth Summit pada tahun 1992 dan konvensyen alam sekitar yang berkaitan dengan isu ke
food fortificationpenguatan makananMakanan dan PemakananMakananProses penambahan mikronutrien (unsur surih perlu dan vitamin) pada makanan. Biasanya, pihak industri makanan akan menambahkan nutrien ke dalam makanan yang telah berkurangan selepas pemprosesan. Produk makanan yang diperkuat nutriennya boleh juga memenuhi keperluan nutrien tertentu dalam kalangan pengguna. Penguatan makanan telah dikenal pasti oleh WHO dan FAO sebagai salah satu strategi untuk mengurangkan masalah malpemakanan di peringkat global. Contoh minuman dan makanan yang diperkuat dengan mineral ialah bijirin dan produk bijirin, susu dan produk susu, lemak dan minyak serta teh dan susu formula bayi.
genetically modified foods (GMF)makanan terubah suai genetik (GMF)Makanan dan PemakananMakananMakanan yang terhasil daripada pengubahsuaian bahan genetiknya (DNA) melalui penggabungan dengan genetik organisma lain (tumbuhan, haiwan atau mikroorganisma). Kebanyakan makanan ubah suai genetik yang telah dibangunkan adalah daripada tumbuhan seperti tomato, jagung dan kacang soya. Tumbuhan ini merupakan tanaman GMO (organisma yang diubah suai genetiknya) yang telah dibangunkan untuk menambah penghasilan tanaman, iaitu hasil daripada pembaikan ciri-ciri ketahanan terhadap penyakit dan racun serangga. Kesemua makanan ini perlu dinilai dengan teliti sebelum dibenarkan untuk dipasarkan. Panduan Kodeks Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)/Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah pun wujud untuk menganalisis makanan ubah suai genetik.

Kembali ke atas