Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi ferum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Fe


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oxidation numbernombor pengoksidaanFarmasiTiadaNombor yang menerangkan tahap pengoksidaan. Contohnya, besi mungkin mempunyai nombor pengoksidaan 0,2 dan 3 seperti Fe0, Fe++ dan Fe++ +.
ironferumVeterinarTiadaSimbol: Fe. Unsur logam yang penting bagi organisma hidup. Unsur ini merupakan 90% terikat dengan protein dan menjadi komponen penting dalam hemoglobin dan sitokrom. Unsur ini juga terlibat dalam pengoksidaan sel dan menjadi komponen beberapa enzim dalam pemindahan oksigen. Dalam serum, unsur ini berada dalam bentuk transferin yang berfungsi untuk membawa ferum ke seluruh badan. Unsur ini disimpan dalam hepar, ginjal, sumsum tulang dan limpa dalam bentuk feritin. Pada haiwan, kekurangan ferum boleh menyebabkan anemia. Sumber utama ferum diperoleh daripada dedaun hijau, kekacang, mil kacang soya dan mil darah.
Grashof numbernombor GrashofKejuruteraanKejuruteraan KimiaNombor hasil darab Re2/Fe (Re = nombor Reynolds, Fr = Nombor Froude) dengan pecahan pengembangan isi padu bendalir, b dan perubahan suhu yang diberikan oleh (rujuk m/s 228) dengan Gr = nombor Grashof, D = garis pusat (m), r = ketumpatan (kg/m3), b = pekali pengembangan (K-1), g = pecutan graviti (m/s2), DT = perbezaan suhu (�C), mi = kelikatan dinamik (poise). Nombor Grashof digunakan bersama-sama nombor Prandtl dan nombor Nusselt untuk mengkorelasikan pemindahan haba melalui kaedah perolakan semula jadi.
ferous ammonium sulphateferus ammonium sulfatKimiaTiadaSebatian garam, formula Fe(SO4). (NH4)2-SO4.6H2O, wujud dalam bentuk hablur berwarna hijau muda, larut di dalam air, tetapi tidak larut di dalam alkohol. Sebatian ini diperoleh daripada campuran larutan ferus sulfat dan ammonium sulfat diikuti dengan penyejatan. Ferus ammonium sulfat digunakan dalam analisis kimia dan metalurgi. Nama umumnya ialah garam Mohr.
danalitedanalitKimiaTiadaMineral yang mengandungi silikat dan sulfida besi dan berilium, (Fe, Mn, Zn)4Be3(SiO4)3S.
cufranebkufranebBiologiPatologiNama am fungisid pelindung dalam kumpulan ditiokarbamat yang mengandungi Cu, Fe dan Zn. Fungisid ini mempunyai spektrum yang sangat luas.
glimmerglimerGeologiTiadaKumpulan mineral filosilikat yang mempunyai formula umum (K, Na, Ca)(Mg, Fe, Li, Al)2-3(Al, SiO)4 O10 (OH, F)2, dicirikan oleh kekerasan yang rendah dan ira tapak yang sempurna.
ferrumferumKimiaTiadaUnsur logam peralihan dalam kumpulan VIIIB (atau 8) jadual berkala, simbol Fe, nombor atom 26, berat atom 55.847, nombor pengoksidaan +2 dan +3, takat lebur 1536oC, berbentuk pepejal putih perak, bersifat magnet, lembut, mulur, tertempakan, sangat reaktif dan merupakan agen penurunan yang kuat. Logam ini terdapat dalam bentuk oksida seperti hematit, magnetit dan limonit; dalam bentuk karbonat seperti siderit; dan dalam bentuk sulfida seperti pirit. Ferum diekstrak dengan meleburkan ferik oksida bersama batu kapur dan kok di dalam relau bagas. Unsur ini digunakan untuk membuat keluli. Nama umumnya ialah besi.
glauconiteglaukonitKimiaTiadaMineral hijau yang terdiri daripada silikat terhidrat ferum, kalium, aluminium, dan magnesium; formula K2(Mg,Fe)2Al6(Si4O10)3(OH)12.
aconitaseakonitaseKimiaTiadaHidratase yang memangkini proses saling tukar berbalik antara sitrat dengan isositrat. Enzim ini mengandungi ion Fe(II) yang membentuk kelat yang stabil dengan asid sitrik, dan memerlukan kumpulan tiol seperti sisteina atau glutation terturun.
123

Kembali ke atas