zarzuela | zarzuela | Kesusasteraan | Tiada | Teater opera di Filipina yang berasal dari Sepanyol. Pada peringkat permulaan, zarzuela dipersembahkan di Filipina dalam bahasa Sepanyol dan meniru persembahan dari negara tersebut. Seterusnya, skrip zarzuela ditulis dalam bahasa Tagalog. Zarzuela mempersembahkan cerita yang bertemakan politik dan permasalahan sosial. Namun, terdapat juga persembahan yang menyentuh permasalahan kehidupan keluarga dan percintaan. Bentuk teater ini dibawa ke Filipina oleh Dario Cespedes, iaitu seorang penyair dan dramatis Sepanyol. |
Philippine embroidery | sulam Filipina | Kesenian | Tiada | Seni jarum bercirikan corak bunga halus, biasanya bermutu rendah dan digunakan sebagai pakaian dalam, berasal dari Filipina. |
zarzuela | zarzuela | Muzik | Tiada | Opera popular di Filipina yang wujud pada abad ke-19 dan abad ke-20. Opera ini diperkenalkan di Filipina oleh orang Sepanyol pada tahun 1878. Zarzuela dipersembahkan di pentas prosenium dengan iringan orkestra Barat. Tema cerita tentang kasih sayang golongan raja dan bangsawan. Pada awal abad ke-20, zarzuela mencantumkan ciri negara Filipina seperti bahasa Tagalog dan cerita masyarakat Filipina. Zarzuela mempunyai persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain di Asia Tenggara seperti bangsawan di Malaysia, ludruk
| rondalla | rondalla | Muzik | Tiada | Ensembel gitar di Filipina Utara yang dipengaruhi muzik Sepanyol. Gitarnya terdapat dalam pelbagai saiz yang terdiri daripada register tinggi sehingga register rendah. Mandolin dan dabal bes juga digunakan. Contoh lagu termasuklah waltz, tango, fox-trot, lagu rakyat Filipina dan balada sentimental rakyat Filipina, iaitu kundiman. |
kulintang | kulintang | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang terdiri daripada gong chime, beberapa jenis gong tergantung dan dram yang terdapat di Filipina Selatan, Sarawak, Sabah dan negara Brunei Darussalam. Di Magindanao, Filipina Selatan, ensembel kulintang terdiri daripada gong chime, iaitu kulintang, gong, iaitu agung, gandingan, babandil dan dram dabakan. Di Sarawak, ensembel yang sama dikenali sebagai ensembel engkerumong dan terdiri daripada gong chime (engkerumong), gong (tawag) dan bandai serta dram ketebong. Di Sabah, ensembel yang sama dinamai kulintangan dan terdiri daripada gong chime (kulintangan), gong (babandil) dan agung serta dram gandang. |
tertulia | tertulia | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis salon sastera Sepanyol yang menggantikan akademi sastera formal pada abad ke-18. Salon tertulia juga wujud di Filipina, khususnya dalam kalangan elit yang mendapat pendidikan Sepanyol. Majlis tertulia Filipina yang tipikal sebelum Perang Dunia Kedua digambarkan dengan jelas dan menarik dalam drama tersohor berjudul A Portrait of the Artist as Filipino oleh Nick Joaquin. Tertulia dipercayai berasal daripada perkataan tertuliantes bermaksud �golongan berpelajaran atau paderi dalam kalangan penggemar teater�. Golongan ini dikenali sebagai tertuliantes kerana sering memetik kata-kata Tertulian, salah seorang pengarang unggul Kristian yang menulis dalam bahasa Latin. Beliau menulis karya berjudul Apologeticus serta beberapa karangan tentang kehidupannya sebagai seorang Kristian. Selain itu, tertulia merupakan tempat duduk utama yang terletak pada bahagian atas atau galeri di dalam teater. |
babandil | babandil | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional Filipina yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Babandil ialah gong besar berbusut yang tergantung dan berbingkai nipis. Babandil dipukul dengan pemukul buluh dan menghasilkan rentak asas dalam ensembel kulintang di Mindanao. Filipina Selatan. |
moro-moro | moro-moro | Kesusasteraan | Tiada | Drama rakyat Filipina yang mengandungi unsur opera dan komedi. Drama ini merupakan sebuah melodrama yang mengisahkan pertarungan antara orang Islam dengan orang Kristian. Ceritanya bertumpu pada kisah percintaan antara seorang putera dengan seorang puteri yang berlainan agama, iaitu seorang Islam dan seorang Kristian. Percintaan biasanya berakhir dengan perkahwinan, iaitu yang beragama Islam akan memeluk agama Kristian. Drama ini mengisahkan keupayaan mereka mengatasi rintangan sosial dan agama demi mencapai sesuatu hasrat. Pada asalnya, drama ini digunakan untuk tujuan dakwah bagi agama kristian. Kemudian, drama ini digunakan oleh pengarang Filipina sebagai suatu genre untuk merangsang semangat nasionalisme. |
Malaya Philippines Indonesia (Maphilindo) | Malaya Filipina Indonesia (Maphilindo) | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
camisa | kamisa | Kesenian | Tiada | Blaus wanita Filipina yang diperbuat daripada fabrik halus gentian nanas, berlengan padanan berkedut dan lebar bahagian kelepet serta dihiasi sulaman pada bahagian hujungnya. |