kalevale (Fin) | kalevale | Kesenian | Tiada | Epik Finland. |
kantele (Fin) | kantele | Kesenian | Tiada | Alat petik Finland. |
Lapps | orang Lap | Geografi | Tiada | Manusia pribumi yang menduduki kawasan utara Scandinavia termasuk Sweden, Norway dan Finland. |
boat-axe culture | kebudayaan kapal-perahu | Sejarah | Tiada | Budaya yang lahir daripada masyarakat yang menggunakan kapak-perang berbentuk kapal terbalik ditemui di Sweden, Finland, Bornholm dan timur Denmark. |
log construction | pembinaan log | Kesenian | Seni Bina | Teknik pembinaan bangunan yang menggunakan batang-batang kayu daripada pokok yang tegap dan mempunyai batang yang lurus. Batang kayu yang digunakan akan dilapik secara bertingkat-tingkat menggunakan teknik lidah-lurah. Teknik ini paling biasa digunakan hampir di keseluruhan Sweden, Finland, Norway, negara-negara Baltik dan Rusia, yang mempunyai banyak pokok konifer yang tinggi dan lurus seperti pokok pain dan cemara. |
Organization for Economic Cooperation and Development (OECD); | Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | O rganisasi ini ditubuhkan pada tahun 1961, menggantikan Organisasi Kerjasama Ekonomi Eropah yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Organisasi ini ditubuhkan untuk menyelaras Rancangan Marshall yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi Eropah selepas Perang Dunia Kedua. Organisasi ini mempunyai 29 negara anggota, iaitu Australia, Austria, Belgium, Kanada, Czechoslovakia, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Great Britain, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Jepun, Korea, Luxembourg, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turki dan Amerika Syarikat. Negara anggota organisasi ini mengadakan kerjasama untuk meningkatkan ekonomi, memberi bantuan kepada negara yang belum maju dan menyumbang kepada perluasan perdagangan dunia. Agensi yang beroperasi di bawah organisasi ini ialah Pusat Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi, Pusat Pembangunan dan Agensi Tenaga Nuklear Eropah yang kesemuanya beribu pejabat di Paris. Sinonim OECD. |
anti-Comintern | anti-Comintern | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pakatan antara Jerman dengan Jepun yang dimeterai pada tahun 1936 untuk tempoh lima tahun bagi kerjasama menentang kegiatan Comintern. Pakatan ini terus berkembang dengan penyertaan Itali pada tahun 1937. Pada tahun 1939, Hungary dan Sepanyol turut menyertainya. Pakatan ini terbantut perkembangannya apabila Jerman dan Rusia menandatangani persetujuan untuk tidak menceroboh antara satu sama lain pada 28 September 1939. Namun demikian, pakatan ini kembali kukuh melalui persetujuan tiga negara, iaitu Jepun, Itali dan Jerman pada 27 September 1940. Persetujuan tiga negara ini berpaksikan penentangan terhadap Amerika Syarikat. Pakatan ini dilanjutkan tempohnya, iaitu lima tahun melalui persetujuan bersama di Berlin pada 25 November 1941. Keanggotaannya juga berkembang dengan penyertaan Bulgaria, Romania, Denmark dan Finland. Sinonim anti-Komunis Antarabangsa. |