flexible learning | pembelajaran fleksibel | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Lihat pembelajaran luwes. |
flexible mortgage | gadai janji anjal / gadai janji fleksibel | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
flexible mortgage | gadai janji anjal / gadai janji fleksibel | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
small office/ flexible office (SOFO) | pejabat kecil/pejabat fleksibel (SOFO) | Umum | Tiada | Pejabat yang boleh diubah suai ruangnya menjadi kediaman atau sebaliknya. |
peeragogy | piragogi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran fleksibel yang melibatkan pembelajaran sesama rakan secara kolaboratif. Mereka belajar dengan menggunakan alat kolaboratif dan pengetahuan dalam talian kerana ketiadaan rakan yang pakar bidang dan ketiadaan guru. Piragogi juga berkaitan dengan belajar dan mengajar sesama rakan. Sinonim paragogi. |
drive belt | tali sawat pacuan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Tali sawat yang fleksibel dan digunakan untuk menyambung- kan sebuah takal pada aci engkol sebagai pemacu kepada takal pam bahan pendingin dan takal aksesori. Terdapat dua jenis tali sawat asas, iaitu jenis polialur dan jenis V. |
clinical document architecture (CDA) | seni bina dokumen klinikal (CDA) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Standard penanda fleksibel yang dibangunkan oleh kesihatan aras 7 (HL7) antarabangsa untuk mentakrif struktur bagi rekod kesihatan tertentu seperti nota kemajuan kesihatan pesakit. Standard ini terdiri daripada teks, imej dan bentuk multimedia yang lain dan disatukan dalam rekod kesihatan elektronik, dan merupakan satu cara yang berkesan dalam berkongsi maklumat antara pihak penyedia perkhidmatan dengan pesakit. |
medical data interchange standard (MEDIX) | piawai saling tukar data perubatan (MEDIX) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Piawaian komunikasi yang fleksibel untuk pertukaran data antara sistem maklumat kesihatan yang berbeza. Piawaian ini penting dalam menghubungkan dunia perubatan yang kompleks dan pesakit agar mereka dapat menerima rawatan yang terbaik. |
dirty float | apungan kotor | Ekonomi | Tiada | Pentadbiran kadar pertukaran yang pada dasarnya membenarkan kadar pertukaran mata wang sesebuah negara terapung atau fleksibel, tetapi pada masa-masa tertentu kerajaan campur tangan untuk mengubah kadar pertukaran untuk mencapai matlamat tertentu. Sebuah negara dikatakan mengamalkan apungan kotor apabila kerajaan negara ini dari semasa ke semasa campur tangan dalam pasaran pertukaran bukan sekadar untuk mengatasi masalah turun naik kadar pertukaran dalam jangka pendek, tetapi untuk tujuan lain, misalnya untuk memastikan mata wang negara tersebut terkurang nilai bagi menggalakkan eksport. Lihat juga apungan terurus. |
gigger | pekerja gig | Ekonomi | Tiada | Individu yang menjalankan sesuatu tugas atau kerja sama ada secara kontrak jangka masa pendek, pekerjaan bebas atau fleksibel dengan sokongan aplikasi digital. |