Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi General Agreement on Tariffs and Trade (Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata GATT


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Gatt conceptkonsep GattPentadbiranTiadaKonsep yang mengatakan bahawa setiap pekerja akan terus berusaha untuk memahami pekerjaan yang berterusan.
General Agreement on Tariffs and Trade (GATT)Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian antarabangsa yang bertujuan untuk menggalakkan perdagangan barangan dengan mengurangkan halangan tarif dan bukan tarif secara beransur-ansur dalam beberapa siri pusingan rundingan. Perjanjian ini adalah reaksi kepada keruntuhan ekonomi dunia akibat langkah peningkatan tarif yang diambil Amerika Syarikat secara satu pihak pada tahun 1930. Perjanjian ini dimeterai pada tahun 1947 hasil Persidangan Bretton Woods dan sepatutnya ia dilaksanakan oleh satu pertubuhan antarabangsa yang khusus iaitu Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (ITO). Walau bagaimanapun, ITO gagal diwujudkan kerana tidak dipersetujui Senat Amerika Syarikat dan akhirnya GATT terus berfungsi secara ad hoc tanpa satu institusi formal dan tetap. GATT kemudiannya menjadi asas kepada penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Lihat juga Pertubuhan Perdagangan Dunia.
World Trade Organisation (WTO)Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan perdagangan yang ditubuhkan pada tahun 1995 untuk mewujudkan satu organisasi tetap bagi Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT). WTO ditubuhkan melalui Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia di Marrakesh pada Rundingan Uruguay. Pertubuhan ini dianggotai oleh lebih daripada 135 negara dan lebih berkuasa daripada GATT. Ia meneruskan matlamat GATT, iaitu menggalakkan perdagangan bebas dengan menghapuskan semula halangan perdagangan di semua negara termasuk cukai ke atas barangan yang diimport dan dieksport. Selain itu, WTO juga meluaskan peraturan perdagangan bebas kepada perdagangan perkhidmatan dan aspek harta intelek yang berkaitan dengan perdagangan. Tidak seperti GATT, WTO mempunyai sistem penyelesaian pertelingkahan yang lebih teratur, berkesan dan berteraskan undang-undang. Lihat juga Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia, Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT).
prohibition of quantitative restrictionslarangan sekatan kuantitatifUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPeraturan yang diperkenalkan oleh Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT). Peraturan ini melarang negara anggota GATT mengehadkan kemasukan import ke dalam pasaran tempatan pada kuantiti tertentu. Contoh sekatan kuantiti ialah kuota import.
antidumping agreementperjanjian antilambakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian dalam sistem Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang mendisiplinkan langkah antilambakan. Perjanjian ini memperuntukkan peraturan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh negara anggota WTO jika mahu mengambil langkah antilambakan terhadap import. Perjanjian antilambakan melaksanakan Perkara VI GATT yang mencela aktiviti lambakan sekiranya lambakan memudaratkan pengeluar tempatan di negara pengimport. Perjanjian antilambakan membenarkan negara pengimport mengenakan duti lambakan terhadap import pada kadar yang sama dengan margin lambakan. Perjanjian antilambakan pada asalnya dikenali sebagai kod antilambakan, dirundingkan buat kali pertama dalam Rundingan Pusingan Kennedy dan dimuktamadkan pada tahun 1967. Pada tahun 1980, kod antilambakan ditukar nama kepada perjanjian antilambakan. Perjanjian antilambakan dilampirkan kepada GATT dan menjadi sebahagian daripada sistem WTO. Lihat juga langkah antilambakan.
World Trade Organization (WTO)Pertubuhan Perdagangan SeduniaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan perdagangan yang ditubuhkan pada tahun 1995 untuk menggantikan Perjanjian Umum mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT). Pertubuhan ini dianggotai oleh lebih daripada 135 negara dan lebih berkuasa daripada GA TT. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan perdagangan bebas dengan menghapuskan semua halangan perdagangan di semua negara termasuk cukai ke atas barangan yang diimport dan dieksport. Sinonim WTO.
agreement on textiles and clothingperjanjian tekstil dan pakaianUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang menghapuskan secara berperingkat-peringkat kuota import terutamanya oleh negara maju terhadap import tekstil dan pakaian dari negara membangun. Perjanjian ini mengintegrasikan sistem kuota import tekstil dan pakaian dalam Perjanjian Multigentian (MFA) ke dalam Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT). Perjanjian tekstil dan pakaian berakhir secara automatik pada tahun 2005 apabila kuota import diganti dengan tarif dan sekatan bukan tarif berpandukan peraturan GATT. Perjanjian ini dilampirkan kepada Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan menjadi sebahagian daripada sistem Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Council for Trade in Goods (CTG)Majlis Perdagangan Barangan (CTG)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan undang-undang perdagangan barangan, iaitu Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT). Majlis tersebut diwakili oleh semua negara anggota WTO dan mempunyai 10 jawatankuasa seperti pertanian, akses pasaran, subsidi dan antilambakan. Setiap jawatankuasa diwakili oleh semua negara anggota WTO.
Bretton Woods InstitutionInstitusi Bretton WoodsUndang-undangUndang-undang AntarabangsaInstitusi yang ditubuhkan oleh Persidangan Bretton Woods 1944 untuk mengatur sistem ekonomi antarabangsa pasca- Perang Dunia Kedua. Institusi tersebut terdiri daripada tiga buah badan, iaitu Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (ITO), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Walau bagaimanapun, penubuhan ITO tidak menjadi kenyataan dan digantikan oleh satu kerangka ad hoc, iaitu Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) pada tahun 1947, tetapi kemudiannya ditamatkan apabila tertubuhnya Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 1995.
reduction of tariffpengurangan tarifUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPenurunan kadar duti yang dikenakan terhadap barang import di setiap pintu masuk sesebuah negara. Kadar maksimum duti import yang lebih rendah biasanya dikenakan dengan syarat negara lain turut melakukan perkara yang sama. Penurunan kadar duti ini boleh dilakukan secara dua hala atau pelbagai hala. Langkah ini merupakan aspek utama liberalisasi ekonomi yang menjadi dasar dalam Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
12

Kembali ke atas