use of building | guna bangunan | Sosiologi | Tiada | 1. Jenis aktiviti semasa yang dijalankan dalam sesebuah bangunan. |
building use survey | kaji selidik guna bangunan | Sosiologi | Tiada | Pengumpulan maklumat bagi menentukan jenis aktiviti yang dijalankan dalam sesebuah bangunan. |
change of use | tukar guna | Sosiologi | Tiada | Penukaran jenis atau aktiviti kegunaan bagi tanah atau bangunan untuk boleh digunakan atau dimajukan bagi maksud selain daripada yang digunakan sekarang. |
tataletak | tataletak | Kesenian | Tiada | Aturan yang menetapkan tempat atau kedudukan ukiran pada bangunan sama ada di tingkap, di dinding, di bumbung, atau sebagainya, agar tidak bercanggah dengan adat resam, kepercayaan, nilai kecantikan, nilai guna dan sebagainya. |
mixed-use development | pembangunan guna campur | Kesenian | Seni Bina | Kaedah pembangunan yang menggabungkan aspek pembangunan kediaman dengan aspek komersial. Penggabungan ini melibatkan pembangunan kediaman dan komersial yang dizonkan mengikut kegunaan. Kawasan bandar, subbandar atau perumahan yang menggunakan pembangunan bercampur dapat menyesuaikan fungsi-fungsi fizikalnya secara bersepadu. Contohnya, pembangunan di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur yang padat dengan bangunan kormersial, masih mempunyai zon-zon kediaman yang hanya menggunakan laluan pejalan kaki sebagai penghubung. |