magico-religious rule | aturan-agama magis | Kesusasteraan | Tiada | Aturan keagamaan yang berbentuk ghaib. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah boleh bertukar bentuk menjadi harimau ketika menentang penjurit Majapahit. |
Hang Seng Index | Indeks Hang Seng | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Salah satu indeks rasmi yang digunakan untuk mengukur prestasi Bursa Saham Hong Kong. |
Hang Seng Index | Indeks Hang Seng | Ekonomi | Tiada | Tiada |
version | versi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk atau kelompok cerita yang sama atau sejenis tetapi berbeza dengan bentuk dan kelompok cerita yang lain walaupun berasal dari satu cerita yang sama. Contoh: Sejarah Melayu ada versi yang menyebut pertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat dan ada pula versi yang lain menyebut pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Kasturi. |
tragic force | daya tragik | Kesenian | Drama dan Teater | Peristiwa atau daya penggerak yang merupakan sebahagian daripada tahap klimaks yang menyumbang kepada pembentukan sesebuah tragedi. Contohnya, pengampunan sultan terhadap Hang Tuah dan menitahkannya supaya membunuh Hang Jebat merupakan daya tragik dalam drama Hang Jebat Menderhakakarya Ali Aziz. |
heroic legends | legenda wiraan | Kesusasteraan | Tiada | Kisah kepahlawanan seseorang tokoh yang diceritakan secara berlebih-lebihan walaupun ada kesahihannya dari segi sejarah. Contoh: Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah dan Badang dalam Sejarah Melayu. |
central action | aksi utama | Kesenian | Drama dan Teater | Bahagian plot dalam drama atau teater yang menjadi tumpuan utama dalam plot sesebuah drama. Contohnya, adegan pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam drama Matinya Seorang Pahlawan, karya Usman Awang. |
motifeme | motifem | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian atau rangka-rangka kecil yang terdapat dalam sebuah cerita yang kesemuanya mempunyai fungsi yang berkaitan. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah, permaisuri Raden Mas Ayu mengidam minum air kelapa gading yang batangnya genting di tengah dan Hang Tuah berjaya mendapatkannya. Di sini terdapat dua motifem: 1. Peristiwa mengidam 2. Kejayaan Hang Tuah mendapatkan kelapa tersebut. |
ellips | tanggalan/elips | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian yang dihilangkan secara gramatikal dalam sesebuah naskhah mungkin penting, tetapi tidak penting untuk kejelasan erti. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah nama Laksamana Hang Tuah gelarannya hanya dapat diganti dengan perkataan Laksamana sahaja. |
scene a faire | adegan ditunggu | Kesenian | Drama dan Teater | Bahagian dalam drama atau teater yang dinanti-nantikan detiknya oleh penonton. Satu daripada adegan ditunggu ialah klimaks. Contohnya, pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam drama Matinya Seorang Pahlawankarya Usman Awang. |