Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = Hari R~ Puasa hari utk meraikan berakhirnya puasa, lebaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hari yg diraikan kerana sebab-sebab tertentu; hari besar: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : hari yg dimuliakan dan dirayakan kerana menandakan tamatnya puasa atau kerana membesarkan hari orang mengerjakan haji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
صدقة الفطرzakat fitrahAgama IslamFiqhZakat badan yang diwajibkan ke atas setiap individu yang ditunaikan pada bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang hari raya.
concept testingpengujian konsepKomunikasiKorporatKaedah kajian khalayak untuk menilai strategi kreatif sesuatu konsep pengiklanan. Penyediaan sesuatu kempen pengiklanan memerlukan konsep yang bukan sahaja bersesuaian dengan imej syarikat yang menghasilkan barangan tetapi perlu bersesuaian dengan penerimaan khalayak sasaran iklan semasa. Kaedah ini mengandaikan sekiranya terdapat keserasian konsep antara barangan dengan penerimaan khalayak, maka hasil keberkesanan iklan adalah tinggi. Oleh itu, ujian ini dianggap kritikal dalam proses pengiklanan. Contohnya, iklan penjenamaan imej syarikat petroleum semasa musim perayaan. Syarikat ini diuar-uarkan sebagai syarikat yang mesra keluarga semasa masyarakat sedang memperkatakan tentang isu ibu bapa tunggal. Pihak pengiklan menggunakan isu ini untuk menarik perhatian khalayak dengan melambangkan seorang ibu yang terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk mewujudkan kemeriahan sambutan hari raya. Melalui iklan ini, ditonjolkan autoriti penjaga, kesepaduan hubungan adik-beradik, kesediaan memikul tanggung-jawab, hormat kepada ibu dan orang dewasa, berkorban untuk keluarga, serta berusaha dan bekerja keras untuk mencapai matlamat. Dalam hal ini, terdapat kesepaduan konsep antara syarikat pengeluar barangan dengan persekitaran pengguna. Namun untuk memastikan konsep iklan ini diterima oleh khalayak, maka pengujian beberapa konsep dilakukan terlebih dahulu sebelum satu konsep akhir dijelmakan secara kreatif dalam iklan yang diterbitkan dan disiarkan.
polling dayhari mengundiUndang-undangTiadaTempoh yang bermula pada permulaan hari pemungutan undi dalam sesuatu pilihan raya sepatutunya bermula dan berakhir pada masa pegawai pengurus mengisytiharkan keputusan pilihan raya.
election fraudpenipuan pilihan rayaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan penyelewengan yang dibuat dalam pilihan raya untuk mendapatkan kemenangan atau menjatuhkan sesuatu lawan. Penipuan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti mewujudkan pengundi hantu, penggunaan wang dengan mengupah pegawai pilihan raya atau pembelian undi, penyelewengan dalam senarai pendaftaran, pemaksaan pengundi untuk memilih calon tertentu, pemindahan pengundi dari senarai pendaftaran ke kawasan lain, pengisian kotak undi dengan kertas undi terlebih dahulu sebelum hari pengundian dan penambahan atau pemindaan undi dalam kertas undi pos. Penipuan boleh dibuat oleh mana-mana pihak, namun lebih banyak dilakukan oleh pihak yang menguasai badan yang menjalankan pilihan raya. Contohnya, penggunaan kad pengenalan seorang yang sudah meninggal dunia yang tidak didaftarkan kematiannya untuk mengundi merupakan satu penipuan dalam pilihan raya.
nomination dayhari penamaanUndang-undangTiadaHari yang ditetapkan untuk menamakan calon pilihan raya.
uncontested electionspilihan raya tidak dipertandingkanUndang-undangTiadaPengundiaan yang tidak perlu diadakan kerana pada hari penamaan hanya seorang calon sahaja sah dinamakan.
ontested electionpilihan raya dipertandingkanUndang-undangTiadaPengundian yang dijalankan apabila terdapat lebih daripada seorang calon yang sah dinamakan pada hari penamaan calon.
traffic loadbeban lalu lintasKejuruteraan AutomotifTiadaBilangan kenderaan yang terdapat di atas jalan raya pada sesuatu masa berdasarkan jam atau hari.
political processproses politikPentadbiranPentadbiran Awam

Perjalanan yang dilalui dalam sesuatu siri aktiviti politik dari peringkat permulaan sehingga selesai. Perjalanan ini melibatkan prosedur tertentu, peraturan kerajaan, undang-undang, kelulusan polis dan sebagainya. Proses politik selalunya dikaitkan dengan agensi pemerintah yang berkuasa. Sebagai contoh, perjalanan pilihan raya dari hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan terpaksa melalui satu proses politik yang teratur.

pollpengundianSains PolitikPolitik PerbandinganPilihan raya atau tinjauan pendapat yang diadakan untuk memilih wakil rakyat atau untuk memperoleh sesuatu pandangan. Pengundian diadakan secara berkala dengan penglibatan pemilih untuk memilih calon wakil rakyat manakala pungutan suara atau tinjauan pendapat awam diadakan apabila perlu untuk melihat sesuatu isu. Pengundian lazimnya diadakan dalam satu atau beberapa hari yang ditetapkan dan hanya pengundi berdaftar yang layak mengundi. Pemilih dikehendaki menandakan calon yang dipilih dalam kertas undi yang disediakan dan kemudian memasukkannya ke dalam kotak undi ang disediakan di pusat mengundi. Pungutan suara pula boleh dilaksanakan dalam bentuk kertas tinjauan, temu bual secara langsung, telefon, internet dan sebagainya. Pelaksanaan pungutan suara lebih fleksibel dan tidak terikat dengan pelbagai peraturan perundangan. Contoh pengundian ialah pilihan raya umum di Malaysia yang diadakan pada setiap empat atau lima tahun sekali. Sinonim pungutan suara.
12

Kembali ke atas