Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Hopea


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chengal pasir (Hopea odorata)cengal pasir (Hopea odorata)PertanianTiadaTiada
merawanmerawanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Hopea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Sarawak ialah luis dan meng, dan di Sabah disebut dengan berbagai-bagai nama selangan dan gagil bagi spesies Hopea sagar. Di Sabah kayu merawan sering dijual sebagai selanga batu No. 2 spesies utama, termasuk Hopea becceriana, H. pubescens, dan H. latifolia. Gubal kayu merawan berwarna lebih muda, dan biasanya sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 495 hingga 980 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini sukar dikerjakan dan diawet, mengering dengan perlahan, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sederhana. Kayu merawan sesuai untuk kayu alang, lantai, tanggam, perabot, kayu venir, papan lapis.
giamgiamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Hopea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Sabah dan Sarawak ialah selangan batu, dan terdapat lebih daripada sembilan spesies utama. Antaranya ialah Hopeaferrea, H. helferi, H. nutans, H. pierrei dan H. semicuneata. Gubal kayu giam amat sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning dengan sedikit kehijauan apabila segar, dan menjadi coklat merah apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sederhana halus, dengan ira yang sangat bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 865 hingga 1220 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat.Kayu giam agak sukar dikerjakn dan diawet, lambat mengering, mudah retak, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sangat baik. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan berat seperti jambatan, tiang, badan lori, dan kayu landasan kereta api.
sp.sp.HerbaBotani dan BioteknologiKependekan bagi perkataan spesies. �sp.� digunakan selepas nama genus untuk menunjukkan bahawa identiti tumbuhan tersebut belum dapat dikenal pasti. Nama tumbuhan ditulis seperti Hopea sp. (merawan). Hal ini berlaku apabila sampel tumbuhan yang dikutip tidak matang atau identiti tumbuhan tidak boleh dikenal pasti dengan tepat pada peringkat spesies.
resindamarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanEksudat yang diperolehi daripada pokok-pokok kayu terutamanya daripada famili Dipterocarpaceae. Damar ini tidak sekeras kopal, dan contoh yang paling penting ialah damar penak daripada pokok cengal, Neobalanocarpus hemii, dan damar kucing yang diperolehi daripada genus Hopea. Bahan ini banyak digunakan sebagai varnis dan gegala.

Kembali ke atas