Hz | Hz | Teknik | Elektrik | Singkatan bagi hertz. |
tetanic stimulation | rangsangan tetanus | Perubatan | Tiada | Teknik untuk menilai darjah sekatan neuromuskular semasa anestesia umum menggunakan relaksan otot dengan stimulasi berfrekuensi 50 Hz hingga 100 Hz selama 3 hingga 5 saat. Teknik ini biasanya dilakukan pada saraf superfisial seperti saraf ulnar di bahagian pergelangan tangan. Teknik ini boleh menyebabkan kesakitan sekiranya dilakukan terhadap pesakit yang sedar. |
speech interference level | aras interferens ucapan | Fizik | Akustik | Aras tekanan bunyi purata yang melebihi 2 x 10-4 mikrobar dalam julat frekuensi 600 Hz hingga 4800 Hz. |
single twitch stimulation | rangsangan sentak tunggal | Perubatan | Tiada | Teknik untuk menilai darjah sekatan neuromuskular semasa anestesia umum menggunakan relaksan otot dengan stimulasi berfrekuensi 0.1 Hz hingga 1.0 Hz. Teknik ini biasanya dilakukan pada saraf superfisial seperti saraf ulnar di bahagian pergelangan tangan. |
frequency | frekuensi | Mekanik | Gunaan | Bilangan kitaran (sama ada pecahan atau gandaannya) yang dilalui oleh jasad yang bergetar dalam seunit masa. Frekuensi getaran diukur dalam unit hertz, Hz, dengan 1 Hz = 1 kitaran/saat = 2p rad/s. Frekuensi. ƒ, ialah salingan bagi kala Շ getaran, iaitu ƒ = 1/ Շ. Lihat juga kala getaran. |
sonic radiation | sinaran sonik | Fizik | Akustik | Sinaraqn akustik yang frekuensinya adalah di antara 16 Hz hingga sekitar 20 000 Hz. |
posttetanic count (PTC) | kiraan pascatetanus (PTC) | Perubatan | Tiada | Kaedah untuk menilai keamatan sekatan neuromuskular bukan nyahkutub. Kaedah ini ditentukan dengan mengira jumlah respons sentak satu terhadap rangsangan 1 Hz 3 saat selepas diberikan rangsangan tetanus 50 Hz selama 5 saat. |
hertz (Hz)) | hertz | Komunikasi | Tiada | Unit standard yang digunakan untuk mengukur frekuensi gelombang elektromagnet. Satu hertz bersamaan dengan satu pusingan gelombang sesaat. |
GHz (gigahertz) | GHz (gigahertz) | Teknologi Maklumat | Tiada | 1 bilion Hz |
hertz | hertz | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit ukuran frekuensi, bersimbol Hz yang ditakrifkan sebagai frekuensi fenomenon berkala yang mempunyai tempoh 1 saat. |