grease | gris | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Minyak pekat yang digunakan untuk melincirkan bahagian yang bergerak. |
grease | gris | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pelincir yang terbentuk daripada campuran stabil antara minyak, agen penebal seperti litium, natrium dan kalsium dengan bahan lain bagi mendapatkan ciri fizikal tertentu. Bahan ini digunakan untuk mengurangkan geseran dan mengelakkan pengaratan. |
gear lubricant | pelincir gear | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gris atau minyak yang digunakan untuk melincirkan gear. |
couplant | pengganding | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Bahan cecair seperti air, minyak dan gris yang digunakan sebagai perantara antara permukaan bahan uji dan prob bagi menghantar atau menerima gelombang ultrasonik menembusi bahan uji. |
xylene | zilena | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pelarut yang mempunyai formula kimia C.H. Pelarut ini biasa digunakan untuk menyingkirkan gris dan cat pada kenderaan di bengkel servis atau bengkel cat. |
degreasing storage tank | tangki nyahgris | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tangki yang diisi dengan bahan nyahgris untuk mencuci kotoran atau gris. |
antiseize compound | sebatian antirekat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Salutan yang diletakkan pada pengikat berbenang yang bertujuan untuk mengelakkan pengikat tersebut rosak akibat kakisan dan rekatan. Unsur salutan ini terdiri daripada campuran gris. Contoh sebatian antirekat ialah molibdenum disulfida (MOS). |
antifriction bearing | galas antigeseran | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Galas yang menanggung beban melalui unsur bebola atau jejarum yang diletakkan di antara jurnal, iaitu bahagian hujung aci yang disokong dengan permukaan perumah galas. Unsur ini bertujuan untuk mengurangkan geseran antara jurnal dengan perumah. Geseran ini dapat dikurangkan lagi dengan penggunaan minyak pelincir atau gris yang diletakkan di permukaan unsur tersebut. |