Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Intensive Care Unit (unit rawatan rapi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ICU


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intensive care unit (ICU)unit jagaan rapi/unit rawatan intensif (ICU)PerubatanTiadaBahagian khas di hospital yang menyediakan rawatan rapi dan teliti untuk merawat pesakit yang tenat.
administrative agencyagensi pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Badan atau organisasi yang diwujudkan untuk melaksanakan tanggungjawab pentadbiran. Agensi ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu agensi pusat dan agensi mengurus. Agensi pusat bertanggungjawab membantu, menyelaras dan mengawal perjalanan agensi mengurus. Contoh agensi pusat ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU), manakala agensi mengurus ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS). Agensi mengurus pula berperanan melaksanakan perkara yang menjadi tanggungjawab kerajaan dalam melaksanakan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat. Bagi memastikan agensi mengurus bertindak dengan cekap dan berkesan, maka agensi pusat bertanggungjawab menyediakan beberapa keperluan dalam mengawasi perjalanan agensi tersebut.

central agencyagensi pusatPentadbiranPentadbiran Awam

Badan bertindak kerajaan di peringkat persekutuan yang bertanggungjawab menggubal dasar pengurusan kewangan dan membantu membangunkan ekonomi negara. Badan ini juga terlibat dalam pengurusan sumber manusia sektor awam di samping memantau dan mengawalselia pelaksanaan dasar yang berkaitan. Contoh agensi pusat ialah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Kesemua agensi pusat ini diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.


Kembali ke atas