Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep International Labour Organization (Pertubuhan Buruh Antarabangsa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ILO


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
International Labour Organization (ILO)Pertubuhan Buruh AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan khusus PBB beribu pejabat di Geneva yang ditubuhkan oleh Perjanjian Versailles pada tahun 1919 dan menjadi agensi PBB pada tahun 1946. Pertubuhan ini berjuang untuk memperbaik keadaan buruh, meningkatkan taraf kehidupan dan keadilan sosial. Antara usaha antarabangsa yang dilakukan adalah memperbaik syarat waktu bekerja, gaji yang mencukupi, perlindungan pekerja terhadap penyakit dan kecederaan semasa bekerja, perlindungan bagi wanita dan kanak-kanak, serta perlindungan bagi pekerja yang bekerja di luar negara. Selain itu, pertubuhan ini juga menerbitkan bahan yang mengandungi perangkaan buruh dan nasihat kepada pekerja. Pertubuhan ini mempunyai persidangan umum yang terdiri daripada wakil negara anggota dan badan yang memerintah terdiri daripada 56 ahli (28 ahli mewakili kerajaan, 14 ahli mewakili majikan dan 14 ahli mewakili pekerja). Pertubuhan ini dibiayai dengan sumbangan daripada 175 buah negara anggotanya. Sinonim ILO.
International Labour OrganizationILOSains PolitikHubungan AntarabangsaLihat Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
international organizationpertubuhan antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan yang diwujudkan oleh negara-negara melalui satu triti antarabangsa, misalnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pertubuhan antarabangsa mempunyai keperibadian undang-undang antarabangsa. Pertubuhan antarabangsa diwujudkan bagi tujuan umum atau tujuan khusus. Pertubuhan yang mempunyai tujuan umum seperti PBB menggalakkan kerjasama politik, ekonomi, sosial, ketenteraan dan kebudayaan, manakala pertubuhan yang mempunyai tujuan khusus seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) memberikan tumpuan kepada hak pekerja.

Kembali ke atas