Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep International Monetary Fund (Tabung Kewangan Antarabangsa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata IMF


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
IMF (International Monetary Fund)IMF (Kumpulan Wang Antarabangsa)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
International Monetary Fund (IMF)Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan yang diwujudkan pada tahun 1944 di Persidangan Bretton Woods bagi menggalakkan kerjasama kewangan antarabangsa dan mewujudkan kestabilan dan pertumbuhan kewangan melalui sistem kadar pertukaran dan pembayaran antarabangsa agar setiap negara dan warganya boleh membuat transaksi antara satu sama lain. Tabung Kewangan Antarabangsa juga memberikan pinjaman kepada negara anggota yang menghadapi krisis ekonomi dan kewangan.
International Monetary Fund (IMF)Tabung Kewangan AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaInstitusi yang ditubuhkan di Bretton Woods bagi tujuan menetapkan kadar pertukaran mata wang yang stabil dan membantu negara membayar balik pinjaman antarabangsa mereka. Ibu pejabat agensi ini terletak di Washington. Pembiayaan kewangan badan ini diperoleh daripada sumbangan negara anggotanya. Sejumlah besar sumbangan ini adalah dari negara Dunia Pertama. Oleh itu, negara tersebut biasanya mempunyai pengaruh yang besar dalam sebarang polisi badan ini. Sebagaimana Bank Dunia, agensi ini membantu negara yang memerlukan bantuan kewangan dengan syarat negara tersebut menjalankan usaha menurunkan kadar inflasi. Terdapat negara yang menyatakan syarat ini mustahil dilakukan dan mengecam institusi tersebut. Sinonim IMF.
International Monetary FundIMFSains PolitikHubungan AntarabangsaLihat Tabung Kewangan Antarabangsa.
Bretton Woods InstitutionInstitusi Bretton WoodsUndang-undangUndang-undang AntarabangsaInstitusi yang ditubuhkan oleh Persidangan Bretton Woods 1944 untuk mengatur sistem ekonomi antarabangsa pasca- Perang Dunia Kedua. Institusi tersebut terdiri daripada tiga buah badan, iaitu Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (ITO), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Walau bagaimanapun, penubuhan ITO tidak menjadi kenyataan dan digantikan oleh satu kerangka ad hoc, iaitu Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) pada tahun 1947, tetapi kemudiannya ditamatkan apabila tertubuhnya Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 1995.
non-state actoraktor bukan negaraSains PolitikPolitik PerbandinganAktor dalam politik antarabangsa yang bukan merupakan sebuah negara. Biasanya aktor dalam politik antarabangsa terdiri daripada negara yang bersaing dan berperanan dalam hubungan antarabangsa. Aktor daripada kelompok bukan negara seperti pertubuhan multinasional, Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kelompok pemisah seperti Gerakan Acheh Merdeka dan pertubuhan sukarela transnasional seperti Greenpeace dan WWF.
Bretton Woods AgreementPersetujuan Bretton WoodsSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan antarabangsa pasca-Perang Dunia Kedua mengenai penstabilan kewangan, masalah ekonomi dan pembangunan dunia. Persidangan ini diadakan pada tahun 1944 di Bretton Woods, Amerika Syarikat. Persidangan ini telah dihadiri oleh wakil 44 buah negara. Hasil persidangan ini semua pihak bermuafakat bagi penubuhan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia atau Bank Antarabangsa mengenai Pembangunan dan Pemulihan (IBRD). Keanggotaannya terbuka kepada semua negara. Setiap negara anggota perlu membayar yuran sama ada dalam bentuk emas atau nilai mata wang negara sendiri.
uprisingIntifadaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerkataan Arab yang bermaksud kebangkitan yang merujuk secara khusus kepada perjuangan rakyat Palestin pada tahun 1987 di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang ditakluki Israel sejak tahun 1967. Penduduk Palestin telah menentang pemerintah Israel dengan melontar batu dan bahan letupan buatan sendiri, manakala pihak Israel pula menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah serta merobohkan rumah penduduk Palestin. Kebangkitan perjuangan rakyat Palestin yang anti-Israel ini berpunca daripada kekecewaan pihak Palestin terhadap IMF Intifada diskriminasi ekonomi, politik dan sosial yang dilaksanakan oleh Israel. Perbalahan antara Palestin dengan Israel kini menggunakan teknik perang gerila. Pihak Hamas (Palestin) menggunakan pengebom berani mati untuk menyerang Israel, manakala Israel pula menyerang pejabat Palestin dan menduduki semula kawasan yang telah ditinggalkan selepas tahun 1993.
Bretton WoodsBretton WoodsUndang-undangUndang-undang AntarabangsaNama sebuah tempat di Washington, Amerika Syarikat, yang menjadi lokasi berlakunya Persidangan Bretton Woods anjuran Kuasa Berikat ketika Perang Dunia Kedua masih berlaku. Persidangan Bretton Woods bertujuan untuk mengatur dan mengawal hubungan kewangan dan ekonomi antara negara di dunia, walaupun skop asal perjanjian persidangan tersebut adalah untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan perdagangan dan kewangan Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Jepun dan negara di rantau Eropah Barat. Bretton Woods penting kerana mempunyai kaitan dengan institusi-institusi ekonomi dunia, seperti Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Kembali ke atas