Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pangsa durian (limau dll), pangsa; 2. = ~ kayu urat pd kayu; 3. = ~ daging urat besar pd daging; 4. = ~ benang, = ~ kain urat benang yg memanjang pd kain; ~ beralun ira kayu yg susunannya beralun dgn agak sekata; ~ kasar ira kayu yg gelang pertumbuhannya lebar dan jelas (dgn perbezaan yg ketara antara kayu awal dgn kayu akhir); ~ lintang ira kayu yg susunannya tidak selari dgn paksi utama kayu; ~ lurus ira kayu yg susunannya selari dgn permukaan memanjang kepingan kayu; ~ pilin ira kayu yg susunannya berpintal melingkungi paksi batang atau dahan pokok; ~ rapat ira kayu yg gelang pertumbuhannya nipis dan tidak berapa ketara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kep Irish Republican Army (Tentera Republikan Ireland). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ruang atau petak pd buah-buahan; pangsa. 2 urat pd kayu, daging dll. 3 urat benang yg memanjang pd kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ira (kata nama)
1. Dalam konteks daging
bersinonim dengan urat daging

2. Dalam konteks benang
bersinonim dengan urat benang

3. Dalam konteks buah
bersinonim dengan pangsa.



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mixed grainira gabunganKesenianHiasan DalamanGabungan ira tegak atau ira rata pada sambungan yang sama, yang terbentuk pada permukaan kayu.
grain combedira rentangKesenianHiasan DalamanKepingan papan atau ira atau lapisan venir yang terhasil daripada kaedah pemotongan pada sudut 15 darjah pada kedudukan rentang. Sebanyak 25 peratus daripada permukaan yang terdedah pada setiap kepingan venir akan menghasilkan ira yang menyerpih.
import risk analysis (IRA)analisis risiko import (IRA)PerikananAkuakulturProses mengenal pasti isu-isu yang berpotensi memberi impak negatif terhadap pengimportan haiwan akuatik dan produk-produk berkaitan. Antara langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini adalah melaksanakan soal selidik penilaian risiko, mengenal pasti risiko, menganalisis risiko, membangunkan dan melaksanakan pelan pengurusan risiko serta membuat pemantauan. Hasil IRA dapat membantu organisasi yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak pengimportan haiwan atau produk haiwan, di samping mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko pengimportan tersebut.
grain flatira rataKesenianHiasan DalamanKepingan papan atau ira atau lapisan venir yang terhasil daripada kaedah pemotongan pokok yang dibuat secara selari dengan gelung pertumbuhan tahunan. Kesemua gelung pertumbuhan ini akan menghasilkan sudut potongan dengan permukaan kepingan.
quartered grainira sukuKesenianHiasan DalamanKepingan papan atau ira atau lapisan venir yang terhasil kesan daripada pemotongan atau penggergajian kayu bagi menghasilkan bentuk tertentu, iaitu kesan daripada sifat empulur. Kesan ini amat ketara pada jenis kayu oak.
vertical grainira tegakKesenianHiasan DalamanKepingan papan atau ira atau lapisan venir yang terhasil daripada kaedah pemotongan atau penggergajian pada anggaran sudut sebelah kanan gelang pertumbuhan. Gelang ini menghasilkan sudut 45 darjah atau lebih pada permukaan kepingan kayu.
grainiraKesenianHiasan DalamanJalinan pada kain, kanvas atau kertas cetak dan fotografi.
grain figurebentuk iraKesenianHiasan DalamanCorak yang terhasil pada permukaan kayu yang terbentuk daripada lingkaran gelung pertumbuhan, mata kayu, empulur atau penyimpangan daripada urat asli seperti berpanca, urat beralun dan ketidaksamaan warna.
veneervenirKesenianHiasan DalamanKepingan kayu nipis yang mempunyai ira dan jalinan yang menarik serta digunakan untuk melapisi permukaan perabot atau papan lapis.
longitudinal sectionkeratan sisiBuluhTiadaKeratan secara memanjang mengikut ira buluh.
12

Kembali ke atas