Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku kaum peribumi yg terbesar di Sarawak, yg tinggal di merata daerah (terutamanya di Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan Kuching) dan juga dikenali sbg Dayak Laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Iban


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bandai (Mal)bandaiKesenianTiadaGong kecil kaum Iban.
engkerurai (Mal)engkeruraiKesenianTiadaAlat tiup kaum Iban.
enkeromong (Mal)enkeromongKesenianTiadaGong perunggu kecil kaum Iban.
enkerabab (Mal)enkerababKesenianTiadaKordofon dua tali kaum Iban.
tengkuang (Mal)tengkuangKesenianTiadaAlat paluan daripada kayu kaum Iban, Sarawak.
enkeratong (Mal)enkeratongKesenianTiadaKordofon empat atau lebih tali kaum Iban.
merebab (Mal)merebabKesenianTiadaAlat tali yang digesek mempunyai satu tali dari kaum Iban Sarawak.
timangtimangMuzikTiada

Muzik vokal atau canta kaum Iban di Sarawak. Muzik ini dipersembahkan dalam upacara tertentu seperti berjamu, menjemput jin ke pesta gawai atau pesta lain yang dikaitkan de­ngan aktiviti menanam atau menuai padi dan menghormati kenyalang. Sinonim pengap.

vernakular literaturekesusasteraan vernakularKesusasteraanTiadaBahasa tempatan atau bahasa yang digunakan sehari-hari. Kesusasteraan vernakular dikenali sebagai kesusasteraan etnik yang merupakan hasil sastera peribumi di sesuatu kawasan atau penempatan. Contoh kesusasteraan vernakular ialah kesusasteraan suku kaum Iban, Kadazan, dan lain-lain.
ngajatngajatMuzikTiada

 Tarian perang di Sarawak. Tarian ngajat ditarikan oleh seorang penari lelaki atau wanita dalam kalangan kaum Iban. Dalam kalangan kaum Kenyan, Kayan dan Kajang, tarian ini dita­rikan oleh penari lelaki. Penari lelaki memakai topeng yang dihiasi bulu burung tempatan seperti enggang dan memegang pedang parang ilang serta perisai tradisional. Tarian ini dikenali juga sebagai ngajat lasan. Tarian ngajat diiringi ensembel engkerumong, dumbak, tawag dan bandai dalam kalangan kaum Iban. Dalam kalangan kaum Kenyah dan Kayan, tarian ini diiringi ensembel dua sapeh sahaja atau ensembel dua sapeh dan satu jatung utang. Selain Ngajat Lasam, terdapat sejenis tarian ngajat lain yang dikenali sebagai ngajat asal. Tarian ini ditarikan oleh dua orang wanita daripada kaum Kenyah, Kayan dan Kajang.

12

Kembali ke atas