Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (internĂ©t) rangkaian komputer antarabangsa yg membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dr seluruh dunia; menginternetkan memasukkan data, maklumat dsb ke dlm rangkaian Internet, dan menyebarkannya melalui Internet: ~ sastera Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /internĂ©t/ rangkaian komputer antarabangsa yg membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu dgn yg lain dan mencapai maklumat pangkalan data dr seluruh dunia. menginternetkan memasukkan data, maklumat dsb ke dlm rangkaian Internet dan menyebarkannya melalui Internet: ~ sastera Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Internet


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
internet fraudpenipuan internetKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan memperdaya mangsa dengan menggunakan internet bagi tujuan untuk mendapatkan keuntungan secara salah atau menafikan hak mangsa.
Internet censorshippenapisan InternetTeknologi MaklumatTiadaTindakan pihak-pihak tertentu seperti kerajaan, organisasi atau entiti lain yang berkuasa untuk mengawal, menyekat atau mengehadkan akses terhadap maklumat di Internet.
internet pornographypornografi internetKriminologiKeadilan JenayahLihat pornografi dalam talian.
WWW (World Wide Web)WWW (Jaringan Sejagat)Teknologi MaklumatTiadaKoleksi jutaan tapak web dan laman web yang popular dalam kalangan pengguna Internet yang merupakan sumber maklumat elektronik yang terbanyak dalam Internet. Secara teknikal, semua sumber dan pengguna Internet menggunakan protokol http .
netiquettenetikaTeknologi Maklumate-PembelajaranEtika dalam Internet. Etika ini melibatkan kod atau kaedah tingkah laku yang sesuai semasa berinteraksi dalam Internet sama ada melalui e-mel, sembang-sembang atau ketika menggunakan kumpulan Usenet. Contohnya, menaip mesej dengan menggunakan huruf besar semuanya bermaksud anda menjerit dalam web. Pengguna tidak boleh menghantar e-mel kepada sembarang orang, terutamanya e-mel yang mengandungi mesej tidak munasabah atau yang tidak dimintanya.
over-the-top media service (OTT Service)Perkhidmatan Media InternetTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaSebarang perkhidmatan penstriman audio dan video yang menawarkan kandungan melalui Internet dan tidak lagi terikat dengan kaedah tradisional seperti kabel.
bandwidth throttlingpendikitan lebar jalurTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaProses memperlahankan kelajuan Internet pengguna dengan sengaja oleh pembekal perkhidmatan Internet (ISP).
hotspottitik penghalaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaKawasan khusus yang menyediakan akses internet, kebiasaannya menggunakan Wi-Fi melalui Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (WLAN) dengan penghala disambungkan kepada pembekal khidmat internet.
domain name system (DNS)sistem nama domain (DNS)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerSistem yang memetakan alamat protokol Internet ke alamat nama domain yang boleh difahami pengguna. Contohnya, nama domain www.dbp.gov.my dipetakan daripada alamat protokol Internet 202.184.84.2.
cloud LMSLMS awanTeknologi Maklumate-PembelajaranSistem yang dihos pada Internet dan dicapai dengan mengelog masuk ke tapak pembekal khidmat awan berkaitan. Dengan itu, pengguna tidak perlu memasang sistem pengurusan pembelajaran (LMS) di komputer mereka. Bagi pengguna berstatus pereka bentuk arahan atau pengguna sah, mereka hanya perlu menggunakan pelayar Internet untuk memuat naik kandungan, mencipta kandungan dan berkomunikasi dengan pelajar.
1234567

Kembali ke atas