Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi iridium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Id kep insinyur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Ir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Luggin capillaryrerambut LuginKimiaKimia AnalisisTabung kaca yang hujungnya bengkok dan runcing dan diletakkan berdekatan dengan elektrod kerja untuk mengurangkan ralat yang berkaitan dengan jatuhan iR.
spectroscopic analysisanalisis spektroskopiHerbaTiadaKaedah pengukuran bahan kimia berdasarkan interaksi jirim dengan sinaran elektromagnet yang mengakibatkan penyerapan dan pemancaran. Kaedah ini termasuk sinar-X, ultralembayung (UV), cahaya nampak (Vis), inframerah (IR), resonans magnet nukleus (NMR), penyerapan atom (AA), spektroskopi jisim (MS), pendarfluor dan teknik penyerakan cahaya. Pengukuran direkodkan dalam bentuk digit atau spektrum menggunakan peralatan spektrometer. Data yang dihasilkan daripada analisis ini digunakan untuk menentukan identiti atau kepekatan bahan kimia tersebut. Kaedah ini berguna untuk memastikan kualiti, ketulenan, keselamatan dan keberkesanan suatu bahan mentah dan sediaan herba.
half value layer (HVL)lapisan separuh nilai (HVL)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKetebalan lapisan bahan yang dapat mengurangkan keamatan sesuatu sinaran yang melaluinya kepada setengah daripada nilai asalnya. Contohnya, lapisan separuh nilai untuk bahan plumbum ialah 4.8 mm bagi sumber Iridium 192 (Ir-192). Iselepas = Iasal/2^n, Dengan nilai n ialah bilangan lapisan HVL.
tenth value layer (TVL)lapisan per sepuluh nilai (TVL)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKetebalan lapisan bahan yang dapat mengurangkan keamatan sesuatu sinaran yang melaluinya kepada satu per sepuluh daripada nilai asalnya. Contohnya, lapisan per sepuluh nilai untuk bahan plumbum ialah 16.2 mm bagi sumber Iridium 192 (Ir-192). Iselepas = Iasal/10^n, Dengan nilai n ialah bilangan lapisan TVL.

Kembali ke atas