Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : lembu, sapi; anak ~ Mn anak laki-laki yg dikasihi; bagai ~ belang puntung, didahulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk prb dikiaskan kpd orang bodoh yg tidak dapat dibawa berunding; bagai ~ makan, dimamah dahulu baru ditelan prb sebelum melakukan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu di­tim­bangkan dan dirundingkan; bagai ~ terkurung siang prb orang yg tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Melayu; ~ pekan (peranakan) orang yg berketurunan Melayu dan India; bahasa ~ bahasa Melayu; huruf ~ huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu; masuk ~ ber­khatan, bersunat; padi ~ padi biasa (bukan pulut); tulisan ~ tulisan yg menggunakan huruf Jawi; menjawikan 1. menterjemahkan (kitab-kitab drpd bahasa lain) ke dlm bahasa Melayu; 2. mengalih (mengubah) kpd tulisan Jawi: rencana ~ yg ditulis dlm tulisan Rumi; penjawian proses (usaha, perbuatan dsb) mengalih atau mengubah kpd tulisan Jawi: ~ cerita kanak-kanak yg terdapat dlm tulisan Rumi merupakan suatu usaha yg sangat baik utk memartabatkan tulisan Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; masuk ~ berkhatan; bersunat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : Melayu. ~ peranakan peranakan orang Melayu dgn orang Arab atau dgn orang India. huruf ~ huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu. menjawikan 1 menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu. 2 menulis dgn huruf Jawi. penjawian perbuatan atau proses mengalih atau mengubah sesuatu makalah, buku dsb ke dlm tulisan Jawi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata JAWI

Puisi
 

Melenguh jawi belang untung,
     Tiap ke sawah orang bajakkan;
Menangis nan buruk untung,
     Tiap menjelang ke mana orang tidakkan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai jawi makan,
     dimamah dulu baru ditelan.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chirographic culturebudaya kirografikKesusasteraanTiadaBudaya masyarakat yang berasaskan tulisan tangan atau budaya manuskrip. Budaya ini melambangkan tamadun baharu dalam budaya hidup manusia yang tidak lagi bergantung pada budaya lisan sepenuhnya. Sistem perhubungan, penyebaran maklumat, dan ilmu pengetahuan tidak lagi terhad kepada kaedah lisan tetapi ditulis tangan dalam bentuk bahan bacaan. Budaya kirografik melahirkan masyarakat yang celik huruf, yakni boleh membaca dan menulis. Budaya kirografik wujud dan berkembang di Tanah Melayu selepas kedatangan agama Islam. Islam telah memperkenalkan sistem tulisan Arab kepada orang Melayu yang akhirnya menjadi asas pembentukan sistem tulisan Jawi. Kesannya dapat dilihat dengan kelahiran ramai pengarang karya sastera dan kitab Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat istana di seluruh Tanah Melayu. Kitab agama tidak lagi disampaikan secara lisan tetapi ditulis dalam bentuk buku. Demikian juga sastera rakyat, tidak hanya dituturkan secara lisan, tetapi ditulis dan dibaca dalam bentuk buku manuskrip Jawi. Pengenalan alat cetak oleh Barat akhirnya menyebabkan budaya kirografik semakin menurun dan digantikan dengan budaya tipografi. Dalam budaya tipografi, percetakan dan penghasilan bahan bacaan meningkat dan lebih cepat.
diacriticdiakritikKesusasteraanTiadaTanda bacaan tertentu yang terdapat pada bahagian atas atau bahagian bawah sesuatu huruf untuk menunjukkan cara sebenar bunyi sesuatu perkataan disebut. Tanda bacaan berkenaan penting apabila melibatkan aktiviti pertuturan lisan atau penggunaan bahasa berkenaan. Contohnya, diakritik tulisan Arab kepada tulisan Rumi. Dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, unsur diakritik sangat diperlukan dalam filologi, khususnya berkaitan dengan kerja transkripsi dan transliterasi teks Melayu Jawi (berasaskan abjad Arab) ke tulisan Rumi. Teks Melayu tradisional kaya dengan penggunaan bahasa daerah dan bahasa Arab. Transkripsi atau transliterasi sesuatu perkataan terutamanya bahasa daerah atau Arab halus dibuat dengan tepat agar bunyi asal sebutan perkataan berkenaan dapat dikekalkan. Lihat juga al-majdz al-�aqli�
hikayathikayatKesusasteraanTiadaSuatu bentuk genre sastera Melayu tradisional berbentuk prosa atau separa prosa yang biasanya mengandungi cerita yang panjang. Sebagai suatu bentuk genre, hikayat bersifat bebas isi dan struktur, iaitu boleh digunakan untuk membawa pelbagai tema dan jenis karya. Contohnya fabel, roman, epik, sejarah, adab dan hagiografi. Oleh itu, hikayat mempunyai pelbagai fungsi, antaranya sebagai hiburan, pengajaran, adab, dan dakwah. Hikayat dicirikan oleh unsur-unsur kecerekaan dan khayalan. Walau bagaimanapun, ada hikayat yang agak faktual seperti cerita yang berkait dengan tokoh sejarah dan peristiwa sejarah. Contohnya Hikayat Sultan Ibrahim Ibnu Adham dan Hikayat Raja Pasai. Kebanyakan karya hikayat berfokus pada perihalan istana atau golongan bangsawan. Berdasarkan etimologi istilah hikayat, dapat diandaikan bahawa karya hikayat hanya muncul dalam dunia Melayu pada zaman selepas kedatangan Islam. Contohnya Hikayat Amir Hamzah, sebuah epik warisan Islam dianggap sebagai salah satu hikayat Melayu yang terawal. Oleh sebab hikayat muncul selepas kedatangan Islam, maka karya hikayat biasanya bertulisan jawi. Karya lisan yang berjudul Hikayat ialah karya lisan yang telah ditulis. Sastera hikayat kebanyakannya berbentuk sintesis kerana sastera ini muncul dalam latar budaya sinkritik, peribumi Hindu-Islam. Contoh karya hikayat sintesis ialah Hikayat Indera Putera. Walaupun sastera hikayat tidak lagi popular selepas kurun ke-18, namun judul hikayat masih digunakan untuk memerikan beberapa jenis karya baharu. Contohnya, Abdullah Munsyi menggunakan judul hikayat untuk karya autobiografi dan catatan perjalanan. Beliau juga menggunakan judul tersebut untuk tulisannya yang bersifat ilmiah, contohnya Hikayat Dunia (geografi), Hikayat Kapal Terbang, Hikayat bintang, Hikayat Eropah. Malahan karya novel yang awal juga menggunakan judul hikayat contohnya Hikayat Faridah Hanum dan Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Hikayat berasal daripada perkataan Arab hikayah bermaksud �cerita-cerita sejarah�, atau haka bermaksud �menceritakan, mewartakan dan memberitahu. � Lihat juga cerita binatang, epik, fabel binatang, hagiografi, roman.

Kembali ke atas