public road | jalan awam | Undang-undang | Tiada | Tiada |
public road | jalan awam | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
highway noise | hingar lebuh raya | Fizik | Akustik | hingar yang disebabkan oleh lalu lintas di jalan awam. |
haqq murur | hak laluan | Perniagaan Islam | Tiada | Kekuasaan yang dibenarkan oleh syarak pada individu atau entiti untuk menggunakan jalan awam atau persendirian. Contohnya, pemilik tanah yang mempunyai lorong pejalan kaki tidak boleh menutup laluan tersebut untuk memudahkan orang ramai merentasinya. |
access road | jalan masuk | Geografi | Ukur dan Pemetaan | Jalan awam yang boleh digunakan untuk ke sesuatu tempat. |
street furniture | perabot jalan | Landskap | Tiada | Struktur binaan atau kelengkapan yang disediakan di jalan dan di sekitar jalan untuk kemudahan awam. Contohnya, tong sampah, papan tanda, bangku, wakaf dan sebagainya. |
Public Service Vehicle Road Service Licence | Lesen Perkhidmatan Jalan Kereta Perkhidmatan Awam | Undang-undang | Tiada | Tiada |
public goods | barang awam | Ekonomi | Tiada | Barang atau perkhidmatan yang sifatnya boleh digunakan secara bersama. Penggunaan seorang individu terhadap barang itu tidak menjejaskan penggunaan individu lain. Sekiranya barang awam dikeluarkan untuk seorang individu, kos untuk mengeluarkan barang yang sama untuk individu lain adalah sifar. Misalnya, padang permainan awam, hutan lipur, jalan raya, perkhidmatan radio dan televisyen, perkhidmatan polis dan ketenteraan, dan perkhidmatan kesihatan masyarakat. |
development management | pengurusan pembangunan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Aktiviti yang melibatkan usaha merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal perjalanan sesuatu projek atau program untuk memajukan negara. Usaha ini melibatkan semua anggota yang berada di dalam organisasi dan pihak yang berkepentingan untuk sama-sama berusaha ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Pengurusan pembangunan bermula dengan perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan penilaian. Biasanya tanggungjawab pengurusan pembangunan akan diserahkan kepada sesebuah organisasi yang berkaitan dengan bidang tugasnya. Sebagai contoh, Jabatan Kerja Raya bertanggungjawab dalam pengurusan pembangunan jalan-jalan raya di Malaysia. |
administrative Platonism | faham pentadbiran Plato | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Paradigma yang mempercayai bahawa pentadbiran awam seharusnya menekankan piawai etika yang tinggi sebagai mengimbangi kuasa birokratik. Paradigma ini dipelopori oleh Paul Appleby. Beliau menggariskan lima prinsip moral pentadbir awam iaitu, (i) memiliki perasaan bertanggungjawab (ii) kemahiran berkomunikasi dan mentadbir sumber manusia (iii) berkeupayaan untuk memantap dan menggemblengkan sumber institusi (iv) bersedia untuk menghadapi sebarang masalah serta bekerja dengan pihak lain sebagai satu pasukan dan (v) mempunyai keyakinan yang tinggi bagi memperkenalkan idea baru. Paradigma ini juga menekankan bahawa pentadbir yang berwibawa jarang menggunakan kuasa birokrasi secara tegar sebagai jalan keluar bagi menyelesaikan sesuatu masalah. |