Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Juli


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wonder talesdongeng ajaibKesusasteraanTiadaCerita yang mengandungi unsur-unsur ajaib dan menakjubkan. Contoh: cerita Jula Juli Bintang Tiga, Syair Bidasari dan Syair Selendang Delima.
audio conferencingsidang audioTeknologi MaklumatTiadaSesi perbincangan atau mesyuarat di dua atau lebih lokasi berjauhan melalui media komunikasi seperti telefon dan internet. Komunikasi di antara ahli persidangan menggunakan peranti titi audio atau fon pembesar suara. Juga dikenali sebagai telesidang. Kemudahan sidang audio ada disediakan oleh PABX berasas komputer. Contohnya seperti rancangan pertandingan Rumi lawan Juli di Radio Era dan permintaan lagu antara radio Malaysia, Brunei dan Indonesia. Banding sidang video dan sidang komputer.
aristocratbangsawanKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater Melayu yang menggunakan unsur lakonan, muzik, tarian, nyanyian dan lawak serta kelengkapan pentas dalam bentuk set tirai. Secara tradisinya, persembahan bangsawan tidak mempunyai skrip dan banyak bergantung pada kebolehan para pelakonnya untuk membawa cerita. Kebiasaannya, kisah dalam bangsawan berkisar tentang raja-raja dan golongan bangsawan. Terdapat juga kisah berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater Parsi (dikenali sebagai wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatanyang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Contoh cerita bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuhdan Bawang Putih Bawang Merah. Sinonimwayang Parsi.

Kembali ke atas