idiom | idiom | Kesusasteraan | Tiada | Cara untuk melahirkan atau menyatakan sesuatu yang khusus berkaitan dengan sesuatu bahasa. Kadangkala cara penyampaian bersifat tidak gramatis dan tidak logik. Sesuatu idiom amat sukar untuk diterjemahkan secara literal ke dalam bahasa lain kerana maknanya tidak berkaitan dengan perkataan yang digunakan. Contohnya, dalam simpulan bahasa seperti �air muka�, �buah hati�, �kaki bangku�, �bawa diri�, �kaki ayam� dan lain-lain. |
truss (chicken) | mengikat (ayam) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses memasak dengan cara mengikat kaki dan kepak ayam bagi mengekalkan bentuk serta jus di dalam daging tersebut. |
tie (chicken) | mengikat (ayam) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses memasak dengan cara mengikat kaki dan kepak ayam bagi mengekalkan bentuk serta jus di dalam daging tersebut. |
poultry waste) | buangan poltri | Veterinar | Tiada | Hasil sampingan yang diperoleh daripada pemprosesan daging ayam. Hasil ini terdiri daripada kepala, kaki, bulu, tulang, darah dan ofal ayam. Kesemua bahan ini diproses, dikeringkan dan dikisar untuk dijadikan sumber protein ternakan. Kandungan proteinnya ialah 30-40%, dan berkualiti tinggi. Kandungan kalsiumnya pula ialah 10-12% dan fosforus 5-6%. Bahan ini sesuai digunakan sebagai makanan ternakan ruminan dan bukan ruminan. |
giblet | giblet | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahagian organ ayam itik seperti hati, mempedal, jantung termasuk juga kaki. |
poultry by-product meal | mil hasil sampingan poltri | Veterinar | Tiada | Bahan makanan yang diperbuat daripada hasil sampingan kilang memproses ayam. Bahan ini boleh terdiri daripada ofal yang dibuang atau tidak diperlukan lagi seperti bulu, perut, kepala dan kaki haiwan. Bahan-bahan buangan ini perlu dimasak terlebih dahulu dan kemudiannya dikisar serta dikeringkan untuk dijadikan sebagai bahan makanan. Kandungan protein bahan ini ialah 50-55 % dan sesuai untuk semua jenis ternakan. |
dressing percentage | peratus karkas bersih | Veterinar | Tiada | Nilai dalam bentuk peratus yang diperoleh daripada hasil karkas setelah ditolak daripadanya bahagian kepala, kaki, kulit, ofal dan ekor yang dibandingkan dengan berat hidup sebelum disembelih. Dalam penternakan, nilai yang tinggi menunjukkan pulangan hasil yang lebih baik. Lembu mempunyai nilai peratus karkas bersih antara 50-55%. Pada ayam, nilai ini ditentukan berasaskan hasil karkas yang ditolak daripadanya bahagian kepala, kaki, bulu dan ofal. Biasanya, nilai yang didapati ialah 68-73%. |