Teater yang berasal dari China dan dibawa ke Malaysia oleh imigran Cina pada abad ke-19 dan abad ke-20. Opera Cina terdiri daripada lakonan, tarian, muzik instrumental dan nyanyian. Teater ini dimainkan semasa perayaan kelahiran dewa-dewi kuil Cina. Terdapat beberapa jenis opera Cina di Malaysia seperti opera Teochiu, Hainan, Hokkien dan Kantonis. Secara amnya, ensembel muzik yang mengiringi opera Cina dibahagikan kepada ensembel sivil yang mengutamakan alat muzik bertali dan ensembel tentera yang terdiri daripada alat genderang seperti gong, simbal, blok kayu dan dram. Contohnya, ensembel sivil yang mengiringi opera Kantonis di Malaysia terdiri daripada yiahu, yu
Thanks for clicking. That felt good.