Definisi : 1. sj tumbuhan (herba yg ubinya boleh digoreng atau digulai), talas; ~ babi = ~ cina = ~ telur = ~ udang = birah ~ sj keladi, Colocasia antiquorum; ~ cali = ~ cantik = ~ hitam = ~ rimau = ~ ular sj keladi, birah hitam, birah kijang, Alocasia denudata; ~ sebaring sj keladi birah, Alocasia indica; 2. sj tumbuhan (herba yg banyak macamnya); ~ air sj tumbuhan (herba), kelipuk padang, Sagittaria guayanensis; ~ bukit sj tumbuhan (herba), mata bisul, mata udang, selimpat air, senjuang hutan, Aglaonema pictum; ~ bunting sj tumbuhan dlm air, bunga jamban, kemeling telur, Eichhornia crassipes; ~ moyang sj tumbuhan (herba), kelemoyang, Homalomena spp.; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), birah kecil, Typhonium spp.; akar ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang rimba, Vitis gracilis; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput bukit, rumput kurau, rumput tahi kerbau, Fimbristylis miliacea; air di daun ~ = daun ~ dimandikan prb sukar ditunjuk ajar atau dinasihati; spt birah dgn ~ prb hampir sama sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : beberapa jenis herba yg ubinya dpt digoreng, digulai dsb, Colocasia spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)