National Television Systems Committee (NTSC) | Jawatankuasa Sistem Televisyen Kebangsaan | Komunikasi | Tiada | Sistem televisyen warna standard yang menggunakan garisan warna 525 yang dicipta di Amerika pada pertengahan tahun 1950-an. Negara-negara yang turut menggunakan sistem ini ialah Jepun, Caribbean, beberapa buah negara di Amerika Tengah dan Amerika Selatan, Korea Selatan, Filipina dan Guam. |
newly industrializing economies | ekonomi industri baru | Ekonomi | Tiada | Sekumpulan negara yang baru meningkat ke status negara industri kerana sektor industrinya yang besar dan dinamik serta terlibat dalam eksport keluaran industri secara besar-besaran. Contohnya, Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Hong Kong. |
Korean War | Perang Korea | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perang yang bermula pada 25 Jun 1950 apabila pasukan tentera Komunis Korea Utara melintasi garis lintang 38� untuk menawan Korea Selatan. Pencerobohan ini dipercayai dilakukan oleh Korea Utara kerana tidak bersetuju dengan pembahagian negara Korea kepada utara dan selatan yang dilakukan selepas kejatuhan pemerintahan Jepun pada tahun 1945. Pasukan tentera PBB yang diketuai oleh Jeneral Douglas MacArthur telah berjaya memaksa tentera Korea Utara berundur kembali ke utara. Peperangan yang berlarutan di Korea Utara menyebabkan China campur tangan dalam bulan Oktober 1950 bagi menyelamatkan Korea Utara. Akhirnya, pada tahun 1953 gencatan senjata dipersetujui bersama oleh pihak yang terbabit dengan syarat keadaan dikembalikan seperti sebelumnya. |
administrative culture | budaya pentadbiran | Pentadbiran | Tiada | Satu set kesefahaman atau cara bekerja yang dikongsi bersama oleh anggota dalam sesebuah organisasi. Amalan ini dipengaruhi oleh norma, nilai, latar belakang, kepercayaan serta latihan organisasi atau masyarakat tersebut. Contohnya, etika kerja masyarakat di Jepun dan Korea Selatan yang telah diterapkan melalui Dasar Pandang ke Timur. Etika kerja dan slogan ini diperkenalkan dengan tujuan untuk mengubah budaya kerja dan tingkahlaku kakitangan kerajaan seperti pengenalan kad perakam waktu bagi memupuk budaya menepati masa. |
Look East Policy | Dasar Pandang ke Timur | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahun 1982. Dasar ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran negara. Dasar ini dilaksanakan dengan mencontohi etika kerja, teknik dan strategi pembangunan negara Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Rakyat Malaysia telah dihantar ke negara tersebut untuk mengikuti pelbagai program bagi mendapatkan pengetahuan dalam bidang perniagaan dan perindustrian. |
benchmark | penanda aras | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Ukuran tertentu yang menjadi sasaran sebagai tahap yang ingin dicapai oleh individu, organisasi atau negara. Dengan adanya penanda aras ini segala usaha atau kerja akan diarah menuju kepada matlamat yang disasarkan. Penanda aras boleh juga dibuat secara khusus dengan merujuk kepada contoh sesuatu kerja, perkhidmatan atau barangan tertentu. Bahan atau kerja yang dirujuk selalunya berkualiti tinggi dan berdaya saing. Barangan atau khidmat yang ingin dihasilkan akan diusahakan supaya mencapai tingkat yang ditandaraskan. Budaya kerja Jepun dan Korea Selatan telah menjadi tanda aras kepada perkerja Malaysia sejak dari perlancaran Dasar Pandang Ke Timur beberapa dekad lalu. Sinonim ukur rujuk |
demilitarized zone(DMZ) | zon bebas tentera (DMZ) | Teknologi Maklumat | Tiada | Hos komputer atau rangkaian kecil yang diselitkan di antara rangkaian persendirian syarikat dengan rangkaian awam di luar sebagai "zon berkecuali". Zon ini menghalang pengguna di luar daripada mencapai pelayan yang mengandungi data syarikat secara terus. Zon ini merupakan pendekatan opsyenal dan lebih selamat berbanding tembok api. Ia juga beraksi dengan efektif sebagai pelayan proksi. DMZ mendapat nama daripada zon penimbal geografik yang dipasang di antara Korea Utara dengan Korea Selatan berikutan perang pada awal tahun 1950-an. |
Newly Industrialised Countries (NICS) | Negara-Negara Industri Baru | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Istilah ini mula digunakan oleh ahli sains sosial sejak tahun 1970-an apabila munculnya beberapa buah negara Dunia Ketiga yang dinamik, mengamalkan demokrasi, politik yang stabil, mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mempunyai keadaan sosial yang lebih baik berbanding negara Dunia Ketiga lain. Pertumbuhan pesat ekonomi negara ini adalah akibat daripada polisi pasaran bebas dan pertukaran ekonomi yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri, pelbagai produk dan perkhidmatan. Antara negara NIC ialah Malaysia, Singapura, Indonesia, Taiwan, Thailand, Korea Selatan, India, Argentina, Brazil, Turki dan Afrika Selatan. Sinonim NICS. |
United Nations Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO)) | Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa- Bangsa Bersatu | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1945, menjadi agensi PBB pada tahun 1946 dan beribu pejabat di Paris. Pertubuhan ini mempunyai 190 negara anggota. Polisi pertubuhan ini diputuskan oleh persidangan umum yang diadakan setiap dua tahun dan dihadiri oleh perwakilan dari setiap negara anggota. Objektif pertubuhan adalah untuk mengekalkan keamanan dengan menggalakkan pertukaran idea dan perkongsian dalam sains dan budaya untuk memperbaik bidang pendidikan. Sejak tahun 1950, pertubuhan ini telah menguruskan pelbagai projek untuk pendidikan rendah di Amerika Latin, Asia dan Afrika, menggalakkan pertukaran budaya antara Timur dengan Barat dan menjalankan usaha menterjemah penulisan penting. Antara program jangka panjang yang penting adalah menyediakan pelajaran asas, iaitu mengajar membaca dan menulis. Pusat untuk melatih pengajar ini ditubuhkan di negara seperti Kemboja, India, Korea Selatan, Liberia, Thailand dan Turki. Pada tahun 1959, pertubuhan ini juga menubuhkan sebuah jawatankuasa antarabangsa untuk memb |