Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Malaysian Institute of Microelectronic Systems (Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (Sas) lakonan bersahaja dlm persem­bahan teater yg hanya menggunakan isyarat gerak-geri dan memek muka tanpa sebarang perkataan utk mengungkapkan sesuatu ke­jadian, watak, aksi dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata MIMOS


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mimemimosKesenianDrama dan TeaterPersembahan lakon bisu dengan mimik gerak dan wajah. Dalam persembahan mimos, busana serta tatarias diberi perhatian bagi memberikan kesan kepada lakonan.
mimemimosKesusasteraanTiadaBentuk persembahan bisu dalam drama atau teater yang menggunakan gerak tubuh dan gerak isyarat semata-mata bagi menyampaikan makna dan cerita. Oleh itu, persembahan bisu bukanlah suatu karya sastera bertulis. Persembahan ini bermula di Sisicy dan selatan Itali, dan merupakan suatu bentuk hiburan yang popular pada abad pertengahan. Kemudian, pengaruhnya berkembang di Eropah sehingga mimos menjadi sebahagian daripada tradisi drama Eropah. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani mimos bermaksud �pelakon� atau �pengajuk�. Mimos dikenali juga sebagai kialan.
mimemimosKesusasteraanTiadaMenggambarkan kejadian-kejadian sebenar atau orang-orang tertentu yang diperolok-olokan dan diajukkan dalam bentuk tarian atau perlakuan.
mimemimosKesusasteraanTiadaTiada
SuperJARINGSuperJARINGTeknologi MaklumatTiadaSatu rangkaian di Malaysia yang dibangunkan oleh MIMOS yang berkeupayaan menghantar data selaju 2.5Gbps.
JARINGJARINGTeknologi MaklumatTiadaSatu rangkaian di Malaysia yang dibangunkan oleh MIMOS untuk menggabungkan semua pengguna dan komputer di universiti, jabatan kerajaan dan orang perseorangan.
JARING (joint advanced research internetworking)JARING ( penyelidikan rangkaian termaju bersama)Teknologi MaklumatTiadaSatu rangkaian di Malaysia yang dibangunkan oleh MIMOS untuk menggabungkan semua pengguna dan komputer di universiti, jabatan kerajaan dan orang perseorangan. Rangkaian ini berasal daripada RangKoM(rangkaian komputer Malaysia) yang diketuai oleh Dr. Mohamad Awang Lah.
access providerpembekal capaianTeknologi MaklumatTiadaOrganisasi yang mengatur kemudahan mencapai Internet kepada individu atau organisasi. Secara umumnya pembekal capaian boleh dibahagi kepada dua kelas, iaitu pembekal khidmat Internet (ISP) dan pembekal khidmat dalam talian (OSP). Contoh organisasi ISP ialah Telekom Malaysia Bhd (Tmnet) dan MIMOS (Jaring). Contoh OSP ialah Malaysia Cari dan AmericaOnline, yang menyediakan kemudahan tambahan kepada pelanggannya. Lihat ISP dan OSP
electronic mail addressalamat mel elektronikTeknologi MaklumatTiadaMerujuk kepada pengenalan pengguna yang berdaftar dengan sesuatu pelayan mel elektronik yang dikendalikan oleh sesuatu organisasi tempat pengguna itu bekerja (seperti dpb (Dewan Bahasa dan Pustaka), ukm (Universiti Kebangsaan Malaysia), dan lain-lain), atau organisasi perniagaan/bebas (seperti yahoo, mimos, tmnet dan lain-lain). Alamat mel elektronik (atau e-mel) berbentuk seperti berikut: @ Contohnya, arh@dbp.gov.my bermaksud pengguna arh berdaftar dengan pelayan e-mel yang nama domainnya ialah dbp.gov.my. Pelayan e-mel akan menyediakan fail kotak e-mel yang saiznya bergantung kepada sesuatu organisasi (contohnya 1MB atau lebih) untuk menyimpan e-mel yang diterima, dihantar keluar ataupun disimpan oleh pengguna tersebut.
personal computer (PC)komputer peribadi (PC)Teknologi MaklumatTiadaKomputer yang direka bentuk untuk kegunaan individu yang individu tersebut mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menggunakan dan mengurus komputer tersebut. Istilah ini diutarakan oleh IBM pada tahun 1981 sempena pelancaran komputer peribadi pada era komputer kerangka dan minikomputer. Kini pelbagai jenama komputer peribadi seni binanya setara dengan komputer peribadi IBM. Contohnya komputer DELL, MIMOS, COMPAQ dan ACER.
12

Kembali ke atas