Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mak.sis.me] | مرکسيسمى

Definisi : teori politik dan ekonomi Karl Marx yg memperjuangkan kesamaan taraf manusia (masyarakat tanpa kelas atau kasta) dan per­caya bahawa kapitalisme akhirnya diambil alih oleh sosialisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Marxisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Marxism-LeninismMarxisme-LeninismeSains PolitikPolitik PerbandinganLihat faham Marx-Lenin.
socialist legalitykesahan sosialisSains PolitikPolitik PerbandinganPerjalanan undang-undang seperti yang diinterpretasi oleh Parti Komunis Soviet Union pada suatu masa dahulu. Undang-undang itu dianggap aturan yang sah selagi tidak bercanggah dengan ideologi Marxisme dan dasar Parti Komunis Soviet Union. Pada mulanya istilah ini diwujudkan untuk memberi justifikasi terhadap pemerintahan kejam Stalin pada tahun 1930-an.
interpretive communitykomuniti interpretifKesusasteraanTiadaMasyarakat (komuniti) pembaca yang berkongsi konvensi penghayatan sastera. Konvensi ini mempengaruhi dan menentukan bacaan atau tafsiran seseorang ahli masyarakat berkenaan. Dalam konteks ini, respons individu terhadap teks biasanya terikat dengan respons komuniti. Menurut pengasas konsep ini, Stanley Fish, institusi akademi menjadi tonggak konvensi terhadap tafsiran dan analisis teks. Namun, interpretasi daripada komuniti akademik ini tidak semestinya sehaluan. Memandangkan ahli akademik memanfaatkan pelbagai teori, contohnya formalisme, Marxisme, dan pascastrukturalisme, penghayatan kes juga boleh bercanggah mengikut pegangan masing-masing. Hal ini memungkinkan berlakunya tafsiran yang berbeza-beza, sekali gus menghakis atau mencabar konsep komuniti interpretif. Lihat juga teori respons pembaca, ufuk harapan.
criticismkritikanKesusasteraanTiadaCabang pengajian yang berkaitan dengan perihalan sastera. Contohnya, mendefinisikan karya sastera, mengklasifikasikan karya sastera berdasarkan genre, mentafsirkan makna, menganalisis struktur dan gaya, menilai mutu melalui perbandingan dengan karya lain, menjangkakan kesan terhadap pembaca, menetapkan prinsip umum kritikan sastera, dan mewajarkan kehadiran karya sastera daripada usaha menyanggah, menafikan, menolak dan menapisnya. Kritikan sastera berfokus pada empat perkara, iaitu pengarang, teks, khalayak dan konteks. Dalam proses kritikan ini, keempat-empat perkara tersebut digunakan, sama ada secara bersendirian, bertindan atau bergabung. Kritikan sastera juga memanfaatkan teori kritikan seperti marxisme, strukturalisme, pascastrukturalisme, pascamodenisme, pascakolonialisme, feminisme dan sebagainya. Teori kritikan juga berfokus pada empat perkara di atas. Lihat juga kritikan kehakiman, kritikan Marxis, kritikan moral, kritikan pascakolonial, kritikan pascastrukturalis, kritikan pramatik.
Marxism-Leninismfaham Marx-LeninSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman komunis yang dikembangkan oleh Lenin dari doktrin Marx berhubung dengan revolusi komunis yang menggabungkan kelas pekerja, pemimpin pekerja dan petani. Pemikiran ini wujud kerana kegagalan gagasan Marx dalam melahirkan masyarakat komunis secara dialektik materialisme semula jadi. Marx meramalkan golongan buruh ini akan melancarkan revolusi proletar untuk menjatuhkan kelas kapitalis lalu membentuk satu masyarakat tanpa kelas. Lenin kemudiannya mengubah suai fahaman Marx dan membentuk sebuah parti politik di Rusia untuk menggerakkan kelas bawahan gabungan buruh dan petani bagi melancarkan revolusi memperbaik kedudukan mereka. Antara pindaan penting yang dibual oleh Lenin ialah penampilan peranan parti politik, penonjolan kelas tani serta peranan sekumpulan kecil elit yang mendorong kepada revolusi ini. Pemikiran ini merupakan pencetus revolusi di Rusia pada tahun 1917. Sinonim Marxisme-Leninisme.
literary criticismkritikan sasteraKesusasteraanTiadaKaedah kritikan atau cabang pengajian yang berkaitan dengan hal-hal mendefinisi, mengklasifikasi, menghuraikan dan menilai karya kesusasteraan. Kritikan ini biasanya terbahagi kepada dua bahagian bahagian utama, iaitu kritikan amali dan kritikan teoritis. Kritikan amali memberikan tumpuan pada tkes semata-mata tanpa merujuk faktor luaran, ekstrinsik atau kontekstual, iaitu sejarah, keadaan sosial, biografi pengarang dan sebagainya. Tumpuan kritikan ini adalah pada unsur dalaman atau intrinsik teks, iaitu tema, plot, imejan dan ciri-ciri teks formal yang lain. Bentuk kritikan amali memberikan penekanan pada asktek tekstual dan menghasilkan ungkapan seperti �yang tertera di muka surat�, �bacaan teliti�, dan analisis teks. Antara pengkritik yang menonjolkan kaedah kritikan ini ialah Richards dan Cleanth Brooks. Kritikan amali dikenali juga sebagai kritikan terapan. Kritikan teoritis (teoritikal) pula merumuskan prinsip yang asasi untuk menentukan perbezaan antara bidang kesusasteraan dengan disiplin lain. Kritikan ini berperanan sebagai �kayu pengukur� bagi menentukan mutu sastera. Kedua-dua bidang kritikan di atas memanfaatkan teori kritikan, sama ada secara implisit atu eksplisit. Teori kritikan menyediakan kerangka untuk membaca dang menganalisis teks. Antara teori kritikan ialah Marxisme, feminisme, historisisme baru, pascastrukturalisme dan lain-lain. Kritikan berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �penghakiman�. Lihat juga historisme baru, kritikan Marxis, kritikan pascastrukturalis.

Kembali ke atas