neutral | neutral | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar tidak memihak kepada mana-mana individu, kelompok, pertubuhan atau negara yang sedang bersaing dengan pihak lain. Konsep ini selalu digunakan untuk merujuk persaingan antara blok timur dan barat dalam era Perang Dingin apabila sebilangan negara sedang membangun mengisytiharkan bahawa mereka tidak memihak kepada blok timur atau barat. Dasar tidak memihak mula dikemukakan oleh Tito (Yugoslavia), Soekarno (Indonesia) dan Nkrumah (Ghana) semasa persidangan awal Pergerakan Negara Tidak Berpihak. Hasilnya, kumpulan negara ini menubuhkan pergerakan yang tidak terikat dengan mana-mana pihak yang digelar sebagai Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). |
nursery rhyme | puisi kanak-kanak | Kesusasteraan | Tiada | Puisi berangkap yang muncul dalam bentuk ringkas, pendek, dan menggunakan bahasa yang mudah. Puisi kanak-kanak mementingkan rima dan baris-baris bersukat supaya mudah diingati dan digemari kanak-kanak. Temanya berkisar tentang pengalaman kanak-kanak, lucu dan berseloroh tetapi mengandungi unsur pengajaran dan moral yang baik. Contoh puisi kanak-kanak yang popular dari Barat adalah seperti yang berikut: �Humpty Dumpty� Humpty Dumpty sat on the wall, Humpty Dumpty had a great fall. All the king�s horses and all the king�s men, Could not put Humpty Dumpty together again. Dalam tradisi Melayu, puisi kanak-kanak sering muncul dalam bentuk pantun dua kerat yang mudah. Contohnya: Satu, dua, tiga, empat, Siapa cepat dia dapat. Puisi kanak-kanak dalam bentuk pantun empat kerat yang mudah. Contohnya: Pak kenek-kenek, Masuk lubang batu; Pesan datuk nenek, Simpan kain baju. Dalam kesusasteraan Arab, lagu buaian Nam Nanah Huwa dan lagu puisi berkumpulan kanak-kanak al-Tha�lab Fat fat. Dalam sastera Parsi, puisi ini ditemui dalam sajak �Thurayya� dan �Kharus Zari� oleh Ahmad Shamlu. |