North Atlantic Treaty Organization (NATO) | NATO | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Lihat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara. |
North Atlantic Treaty Organization (NATO) | Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1949.Pertubuhan ini merupakan reaksi Barat terhadap ancaman yang diterima daripada Kesatuan Soviet selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Pertubuhan ini pada asalnya mempunyai 12 anggota, iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Kanada, Itali, Belanda, Belgium, Luxembourg, Denmark, Iceland, Norway dan Portugal. Keanggotaannya diperluas meliputi Greece, Turki (1952), Federal Republic of Germany (1955) dan Sepanyol (1982). Anggota pertubuhan ini bersepakat menganggap bahawa sebarang serangan terhadap mana-mana anggota sebagai serangan terhadap semua negara. Setiap anggota bertanggungjawab menolong anggota yang diserang sebagaimana yang diperlukan bagi memulihkan keselamatan kawasan Atlantik Utara. Setelah berakhirnya Perang Dingin, pertubuhan ini masih lagi dianggap relevan dan diperlukan oleh negara anggotanya. Sinonim NATO. |
Warsaw Pact | Pakatan Warsaw | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pakatan yang ditubuhkan pada bulan Mei 1955 sebagai tindak balas terhadap penyertaan Republik Persekutuan Jerman sebagai anggota NATO. Pakatan ini diketuai oleh Kesatuan Soviet dan dilihat oleh Barat cuma sebagai satu pertubuhan untuk mengesahkan kehadiran tentera Kesatuan Soviet di negara anggotanya, iaitu Bulgaria, Czechoslovakia, Republik Demokratik Jerman, Hungary, Poland dan Romania. Keruntuhan kuasa Kesatuan Soviet di Eropah Timur pada tahun 1989 telah menyebabkan keruntuhan pakatan ini. Pada bulan November 1990 di Persidangan Paris, anggota pakatan ini mengisytiharkan bahawa aspek ketenteraan pakatan ini telah mati dan selepas tahun 1991, pakatan ini tidak lagi berfungsi. |
Intergovernment Organization (IGO)) | Organisasi Antara Kerajaan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Organisasi yang anggotanya terdiri daripada negara sebagai pelaku. Keanggotaannya tidak meliputi kumpulan berkepentingan atau individu tertentu. Contoh pertubuhan antara kerajaan ialah ASEAN, PBB, NATO dan EU. Sinonim IGO. |
regional arrangement | aturan serantau | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pakatan antara negara berdaulat dalam sesuatu rantau bagi menjaga kepentingan bersama demi kebaikan rantau tersebut, dan menjalinkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, keselamatan dan sebagainya. Contoh aturan serantau ialah Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Aturan serantau boleh ditubuhkan bagi tujuan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan boleh dimanfaatkan bagi tujuan menyelesaikan pertikaian antarabangsa. Contohnya, NATO yang berperanan mengawasi dan menguatkuasakan sekatan maritim terhadap negara bekas Yugoslavia semasa berlakunya Peperangan Balkan 1991�2001. Sinonim penyusunan serantau. |
alliance | perikatan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pakatan atau gabungan antara dua atau lebih negara yang dibentuk untuk melindungi kepentingan bersama, seperti dalam hal pertahanan. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, pembentukan sesebuah perikatan merupakan keputusan politik negara-negara berkenaan. Contohnya, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Pakatan Warsaw. Perjanjian yang membentuk perikatan-perikatan ini memperuntukkan bahawa serangan musuh terhadap salah satu anggota perikatan dianggap sebagai serangan terhadap semua anggota perikatan. Oleh sebab itu, semua anggota perikatan perlu mempertahankan negara yang diserang. |
collective self defence | pertahanan diri bersama | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Langkah yang dibuat secara bersama-sama dengan negaranegara lain untuk menggunakan kekerasan bagi menangkis serangan. Langkah ini merupakan sebahagian daripada langkah pertahanan diri yang dibenarkan oleh Piagam PBB. Selain mematuhi syarat-syarat pertahanan diri, negara yang diserang juga perlu meminta bantuan PBB bagi membolehkan tindakan bersama diambil. Contoh pertahanan diri bersama ialah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). |
software engineering | kejuruteraan perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Disiplin yang merangkumi kesemua aspek pengeluaran daripada peringkat awal spesifikasi sistem sehingga ke peringkat penyelenggaraan sistem. Pembangun perisian akan menggunakan pendekatan yang sistematik dalam menghasilkan perisian berkualiti tinggi secara berkesan. Disiplin ini amat penting untuk membangunkan sistem yang kompleks dan kritikal seperti sistem pertahanan atau sistem yang mengandungi berjuta-juta baris kod seperti sistem pengendali. Istilah kejuruteraan perisian pertama kali diperkenalkan oleh F.L. Bauer dan dipopularkan semasa Persidangan Kejuruteraan Perisian NATO pada tahun 1968. |
alliance | perikatan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Permuafakatan dua atau lebih negara yang bersetuju untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang. Terdapat dua jenis perikatan utama, iaitu perikatan defensif bagi mempertahankan diri daripada serangan atau ancaman pihak luar. Kedua, perikatan ofensif yang bertujuan menyerang pihak lain. Contohnya, pada masa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat dan Britain serta Eropah Barat membentuk ikatan kerjasama menentang pihak Fasis. Selain tujuan peperangan, ikatan kerjasama juga dimeterai dalam bidang perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan sukan. Contoh perikatan ialah ASEAN, APEC, NATO dan SEATO. |
UN Protection Force (UNPROFOR)) | Pasukan Perlindungan Bangsa-Bangsa Bersatu | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pasukan perlindungan yang asalnya ditubuhkan untuk menyelia genjatan senjata Serbia-Croatia pada tahun 1992 dan misinya merangkumi kawasan Bosnia. Pasukan ini merupakan gabungan beberapa negara seperti Perancis, Britain, Sepanyol dan Belanda. Pasukan ini tidak berkesan kerana undang-undang yang menerangkan kepada tentera masa dan cara mereka boleh menembak balas adalah lemah dan kabur. Akibatnya pasukan ini tidak diendahkan dan menjadi bahan ketawa pasukan Serbia-Bosnia. Pada tahun 1995, askar Serbia telah membunuh ramai orang awam Islam di Sebrenica di depan pasukan Belanda UNPROFOR yang hanya melihat dan tidak mampu berbuat apa-apa. RO E bagi UNPRO FOR tidak menghendaki pasukan ini berperang dan askar Serbia telah mengambil kesempatan atas kelemahan ini dengan meneruskan keganasan mereka. Peranan UNPROFOR ini akhirnya diambil alih oleh IFOR di bawah NATO pada tahun 1996. Sinonim UNPROFOR. |