NGO | NGO | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Singkatan bagi Non-Governmental Organization. Lihat Badan Bukan Kerajaan |
quasi NGO | separa NGO | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan yang biasanya disokong oleh kerajaan. Separa NGO bersifat separuh bebas dan berperanan memeriksa serta mengkritik perjalanan pentadbiran, namun dilihat bergerak selari dengan kepentingan dan dasar kerajaan. Contohnya, Persatuan Bulan Sabit Merah, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Belia Malaysia dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Dalam pentadbiran awam, terdapat Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Puspanita dan Persatuan Isteri Menteri (BAKTI). Singkatan quango. |
Non-Governmental Organisation (NGO) | Badan Bukan Kerajaan (NGO) | Pentadbiran | Tiada | Organisasi yang ditubuhkan bertujuan untuk memelihara atau memperjuangkan sesuatu matlamat atau sebarang isu yang mempunyai kepentingan dalam sesebuah masyarakat. NGO pada prinsipnya bertindak secara sukarela, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak dan tidak bermotifkan keuntungan atau tujuan politik. Contohnya, Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang bergerak untuk kepentingan alam sekitar, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang bermatlamat memelihara kepentingan pengguna dan Amnesty International yang ditubuhkan untuk memperjuangkan hak asasi dan keadilan orang ramai. |
non-government organisation (NGO) | pertubuhan bukan kerajaan | Pentadbiran | Pengurusan | - |
non-government organisation (NGO) | pertubuhan bukan kerajaan | Pengurusan | Perancangan | Lihat organisasi bukan untung. |
quango | quango | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Singkatan kepada quasi non governmental organisation. Lihat separa NGO |
international business | perniagaan antarabangsa | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perdagangan yang wujud di peringkat antarabangsa antara negara-negara, pertubuhan antarabangsa, perbadanan multinasional, mahupun NGO transnasional. Urusan perniagaan ini melibatkan pasaran yang luas, pelaburan luar negara, penentuan dasar sesebuah kerajaan, undang-undang antarabangsa, pertukaran matawang, keselamatan perdagangan dan taraf hidup manusia. Perniagaan antarabangsa ini menjadi intisari penting dalam arus globalisasi dunia masa kini. Contohnya Petroleum Nasional (PETRONAS), merupakan sebuah badan yang menjalankan perniagaan antarabangsa. |
political leadership | kepimpinan politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Gaya kepimpinan seseorang ketua dalam bidang politik. Ia boleh berupa Ketua Kerajaan, Presiden Parti, NGO ataupun pihak pembangkang dan kedudukannya adalah sangat penting kerana boleh mempengaruhi orang ramai. Faktor-faktor latar belakang, ideologi, pemikiran, pengalaman, pendidikan dan karisma sangat penting dalam membentuk gaya kepimpinan politik. Sifat kepimpinan politik boleh menjadi autoritarian, demokratik, murah hati, zalim, mahupun bertolak ansur. Ia akan mempengaruhi hubungan kerajaannya dengan negara lain, kesepaduan dalam kerajaan, parti politik dan sebagainya. |
international organization | organisasi antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Organisasi ini merupakan salah satu komponen dalam sistem antarabangsa. Keanggotaan sesebuah organisasi tersebut melampaui sempadan negara. Organisasi ini mula wujud pada kurun ke-19 dengan kewujudan negara bangsa sebagai anggotanya. Organisasi tersebut terbahagi kepada Organisasi Antara Kerajaan (IGO ) dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO s atau INGO s). IGO mempunyai anggota yang terdiri daripada negara seperti PBB, Komanwel, OPEC dan ASEAN, manakala anggota NGOs pula terdiri daripada bukan negara yang terbahagi kepada pertubuhan yang berasaskan keuntungan dan bukan berasaskan keuntungan. Antara sifat IGO dan NGO s yang bukan berasaskan keuntungan ialah organisasinya yang kekal menjalankan fungsinya secara berterusan, keanggotaan secara sukarela, mempunyai matlamat dan struktur tertentu dan sekretariat yang kekal meneruskan hal pentadbiran dan penyelidikan. Selain itu, IGO mempunyai sifat tambahan, iaitu ditubuhkan melalui perjanjian dan beroperasi secara persetujuan dan kerjasama oleh anggotanya bagi memasti |
common consent | persetujuan umum | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kata sepakat dan ketetapan yang dicapai terhadap sesuatu isu atau perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum. Persetujuan umum boleh dicapai melalui diskusi, dialog, forum, perbincangan, perdebatan, mesyuarat perwakilan dan undian. Biasanya persetujuan umum dibuat kerana melibatkan keutamaan banyak pihak seperti orang awam, NGO, syarikat persendirian, badan berkecuali dan lain-lain lagi, khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan kekeliruan. Antara tujuan utama persetujuan umum diadakan adalah untuk mencapai sesuatu tuntutan demi kepentingan bersama.Contohnya, persetujuan umum dibuat untuk mendesak pihak pemerintah menaikkan gaji kakitangan awam dan mengawal kenaikan harga barang. |