mise en sc�ne | mise en sc�ne | Kesusasteraan | Tiada | Pengaturan aspek visual dalam penerbitan drama. Pengaturan ini mengambil kira aspek pementasan termasuklah latar hias, prop, tatacahaya, kostum dan lakonan. Mise en sc�ne digunakan dalam pembikinan filem bagi mengatur babak untuk rakaman kamera, tetapi tidak termasuk kerja penyuntingan dan teknik penggambaran. |
ne bis in idem | ne bis in idem | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Doktrin yang menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dilakukan dua kali atas kausa tindakan yang sama. Dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa, Mahkamah Jenayah Antarabangsa akan menjalankan bidang kuasa terhadap sesuatu jenayah antarabangsa hanya sekiranya negara yang mempunyai bidang kuasa ke atas jenayah itu tidak mahu atau tidak mampu menjalankan bidang kuasa jenayah tersebut. Hal ini dilakukan supaya orang yang disyaki itu tidak didakwa dua kali atas jenayah yang sama. |
neon | neon | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan 0 atau VIIIA (atau 18) jadual berkala, iaitu kumpulan gas adi, simbol Ne, nombor atom 10, berat atom 20.179, takat beku -249°C, takat didih ‑246.1°C, berbentuk gas monoatom yang tidak berwarna, tidak berbau, tidak terbakar, bersifat lengai dan terdapat tiga isotop yang stabil, iaitu Ne-20, Ne-22 dan Ne-21. Udara mengandungi kira-kira 0.0012% gas neon. Unsur ini diperoleh secara penyulingan berperingkat udara cecair. Neon digunakan dalam lampu berpendarfluor dan tiub katod. |
neon | neon | Kejuruteraan | Tiada | Unsur gas bersimbol Ne dan bernombor atom 10. |
monoatom | monoatom | Kimia | Tiada | Molekul yang terdiri daripada satu atom sahaja. misalnya, argon, Ar, helium, He, dan neon, Ne. Lihat juga dwiatom, triatom. |
phallocentrism | falosentrisme | Kesusasteraan | Tiada | Kecenderungan ke arah perspektif dan ideologi lelaki serta merendahkan atau menolak perspektif dan ideologi wanita. Contohnya, dalam novel D.H. Lawrence, suara dan tindak-tanduk watak wanita sering didominasi dan ditenggelamkan oleh suara dan tindakan watak lelaki. Falosentrisme sering digunakan dalam disiplin atau kritikan feminis dan dekonstruksi. Contoh terbaik mendedahkan falosentrisme ditemui dalam tulisan H�l�ne Cixous bertajuk The laugh of the Madusa yang mengkritik ciri-ciri falosentrisme dalam teori psikoanalisis Freud. Lihat juga dekonstruksi. |
genderiect | genderiect | Kesusasteraan | Tiada | Variasi percakapan yang membezakan ujaran lelaki dengan ujaran wanita. Kajian genderlect dirangsang oleh feminisme dan pencarian identiti wanita. Perbezaan dalam ujaran dijadikan sebahagian daripada stereotaip seksual tanpa mengira kebenaran dan realitinya. Dalam sesetengah masyarakat, sifat suka membebel dikaitkan dengan wanita secara stereotaip dan kaitan ini dikekalkan dalam peribahasa, jenaka, dan karya kesusasteraan. Feminisme melatar depankan genderlect demi membantah stereotaip ini. Bagi para feminis, perbezaan dalam ujaran wanita boleh diterokai secara positif dari sudut pandangan wanita tentang realiti. Contohnya, genderlect dalam tulisan H�l�ne Cixous dan Luce Irigaray. Ahli antropologi sedar tentang perbezaan ini, namun dalam bidang sosiolinguistik minat mereka terhadap perkara ini bertambah sejak tahun 1970-an. Lihat juga ginokritisisme. |